Thursday, May 26, 2011

PILIH KASIH????


 
Bagi aku kehadiran anak-anak adalah sebagai aset yang perlu dijaga sebaik-baiknya agar mendapat pulangan yang baik apabila aku dan suamiku  tiada lagi di dunia ini. Anak-anak perlu dididik secara sama rata dan dengan penuh kasih sayang. Sikap adil perlu ditunjukkan oleh ibu bapa dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka dengan harapan akan membuahkan hasil yang baik. Keadilan yang dipaparkan akan membuka ruang kepada kehidupan sekeluarga yang akan dipenuhi dengan kasih sayang, hormat- menghormati dan sayang-menyayangi.

Ibubapa juga harus menyedari bahawa anak-anak mempunyai perasaan, berjiwa halus, emosi, bisikan kalbu dan curahan nurani. Belajar selami hati dan perasaan mereka ini. Yakini benar-benar bahawa anak-anak kita adalah unik. Yang cantik adalah unik dan yang hodoh juga adalah unik. Yang pandai adalah unik dan yang kurang menyinar pun adalah unik. Kerana kasih sayang yang mendalam terhadap anak2 aku....tak kira bagaimanapun keadaan dia, sekeliling masyarakat, keluarga membenci dia...dia tetap unik dihatiku...walaupun kelakuan dia kadang-kadang menghiris hati tetapi dia tetap anak yang unik dihati dan mataku....

Ada seorang anak datang padaku....katanya...ibu saya pilih kasih, dengan anak-anak lain bukan main ibu saya  layan tetapi dengan saya, dia benci sangat. Itu sebab saya selalu buat perangai, macam2  kenakalan, tak dengar kata, melawan, kadangkala  saya  buat pekak, tak tegur ibu saya berhari2, berkawan dengan orang yang tidak ibu sukai, balik lewat, mencuri...perangai memang jahat, kadangkala ibu saya pernah menyumpah saya....sebab sakit hati dengan tindakan saya...."

Mendengar kata dia, hati saya terluka...sedih, kenapa ada anak yang bersikap begini kepada seorang ibu....ibu tidak pernah membezakan anak2 melainkan anak2 itu sendiri yang merasai perbezaan, yang membuat perbezaan.. kenapa...pada saya kerana si anak ini tidak berubah perangainya, tidak mengubah diri untuk menyayangi ibu dengan ikhlas...kenapa si ibu melayan anak2 lain dengan baik, kerana anak2 yang lain itu melayan ibunya dengan begitu baik, kebaikan dibalas kebaikan itu yang dirasakan oleh si anak tadi  ...anak2 lain tak pernah menyakiti hati siibu..tidak pernah mencuri, tidak pernah tidak mendengar kata ibunya...dan tidak melukakan hati siibu dengan kata-kata yang pedih dan kasar....

perbezaan yang dirasakan itu adalah dari si anak itu sendiri....masyaallah, anak-anak ingatlah doa seorang ibu amat dasyat sekali...pernah aku mendengar Usrah...seorang ustazah bercerita tentang ibu dengan penuh kesedihan, dipeluknya ibu dia...dicium tangan dan mengucapkan terima kasih kepada ibunya....doa ibu adalah doa yang sangat2 Allah kabulkan...aku juga pernah menyumpah anak-anak aku...tetapi aku tak pernah menyumpah perkara yang Allah larang...bahkan aku menyumpah perkara kebaikan, kalau hatiku disakiti cepat-cepat aku menadah tangan memohon pada Allah, mengadu pada Allah, minta dia lebih baik dari kehidupan aku, dan setiap hari aku mohon pada Allah beri kebaikan dan keberkatan,  hari2 yang dia akan jalani lebih baik dari semalam itulah sumpahan aku pada insan yang bergelar anak2ku...........ini semuanya kerana kasih sayang yang telah Allah tanamkan dihatiku...subhanaulllahh...anak2ku...kalian tiada setitik dosa dan kesalahan kepadaku, hari2  yang telah lepas, hari ni dan bila2 pun hari mendatang...mama telah memaafkan kamu semua dari hari kelahiran kamu hingga ke akhir hayat kamu....terima kasih Ya Allah yang telah memberikan aku kebahagiaan....aminnnnnn...






sikap manusia...

bila dok diam2...mulalah merapu...tengah hari ni Jumaat jam 1.23 ptg geng-geng semuanya ke UO ada sale...aku pulak malas nak keluar. takde benda yang nak dicari...so layan blog ajelah.  minggu ini aku telah berkursus di Masjid Almizan Putrajaya (Masjid Besi). Kursus dokumen terperingkat...seronok bila dah lama tak kena pi kursus so refresh baliklah perkara-perkara yang dikelaskan sebagai rahsia/rahsia besar/terhad dan sulit...kursus ni dikelolakan oleh KKM dan dibagi talk oleh Pegawai Keselamatan Pejabat Kerajaan...

sempena jumaat yang mulia ini nak share apa yang aku baca di internet....sikap manusia berkata...SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian
Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan.
Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan
makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada
pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah
memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan
itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan.
Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan
perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan
atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain
adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki.
Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat
Muslim).

5. Kedekut

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya.
Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan
sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat
kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan
ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah
kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat
seolah-olah kamu akan mati esok hari."
(riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam
banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah
saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang
dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana
telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan.
Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini
jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi
dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.

namapun manusia...so tengok-tengoklah dimana diri anda sebenarnya adakah anda seorang yang mempunyai ke 10 sifat tersebut....terbaik hari2 kita baiki diri...lama2 keadaan akan bertambah baik....

VIETNAM...tak jemu-jemu nak jalan lagi

Jalan-jalan lagi....13 Mei - 16 Mei kami berjalan ke Ho Chi Minh, aku, cik abang aku, pak uda, mak uda dari Penang ditambah dengan Ita dan 2 anak dari JB tak ketinggalan adik Ita, Zabedah...meriah dengan kekawan aku rosidah dan suami/kak aziah dan anak/ akak ton dan pak rosli/encik din dan famili....
hapi tentulah hapi...berjalan lah katakan...tak pikirpun apa2...free all the time... 

banyak tempat lawatan antaranya Cu Chi tunnel...tempat ni mesti dalam iteniry, tengok kesan-kesan peperangan vietnam  perjalanan mengambil masa 2 jam...melihat  underground village, which used to be a bitter battle ground for a long period during the Vietnam war. The amazing network of over 200 km of undergound tunnels will offer you impression of the former fierce war in South Vietnam.  Melawat Sai Gon city Visit to Reunification Palace, War Crime Museum, Notre Dame Cathedral and Old Post Office, former US Embassy, and shopping at Ben Thanh Market. Tempat ni paling besar...cam sauna kata kekawan apa tidaknya...tempat ni besar sangat kedai2 dia kecil dan sempit...mestilah berpeluh habis....

Keesokan harinya kami  ke My Tho (03 hour). Boat ride on Mekong river and visit an orchard island where almost all the tropical fruit of southern Vietnam can be found and tasted, the 150 year- old Vinh Trang pagoda, which combines Vietnamese, Khmer and French architecture, Dong Tam snake farm, Dloi Sun Island, Bonsai Garden...

Hari terakhir kami....kami dibawa melawat China town...seronok barang disini murah2...geram sangat tengok baju anak kecil...kain sulam dan macam2....Pak uda akulah orang yang paling meriah shoping, dan memang kami puashati membelibelah disini...kerana harganya 1/3 daripada malaysia...jom layan gambar... 








































INDIA...pilihan seterusnya....hehehehe

sebelum ke India...macam-macam persepsi kekawan tentang india...ada yang kata kotor, berbau, tak cantik...bandar kering dan macam2lah lagi...tidak dinafikan apa yang kawan2 kata tu ada benarnya dan tidak....Dengar cerita macam ngeri tetapi setelah sampai di India barulah melihat dengan mata kepala sendiri...tidaklah seteruk yang disangka...ada kebaikan juga bila melihat negara yang kurang maju...keinsafan bertalu-talu datang dan pergi, setiap hari bermain dihati...dalam hati...alhamdulillah dilahirkan di Malaysia...itulah antara ungkapan kekawan tatkala disana...tetapi bagi orang di India...dia akan berkata..alhamdulillah lah aku dilahirkan di India...itulah kekuasaan dan kehebatan Maha Pencipta...ada kebaikan dimana2 dan ada kelemahan dimana2...tetapi perumpamaan orang2 tua ada kebenarannya...hujan emas dinegara orang, hujan batu di negara sendiri...baiklah dinegara sendiri ada emak ayah ada adik beradik ada anak beranak...hehehehe...aturcara yang diberikan sama betul2...hehehe Mr. Amit dari Dhesu Travel, New Delhi....thank you..

6 Days INDIA – GOLDEN TRIANGLE
DELHI / AGRA / JAIPUR

antara tempat lawatan adalah Port Agra, Gate of India, Rajasthan...time ni teringatlah P.Ramlee memang benar adalah tempat nama Rajasthan...yang terkenal dengan deretan kedai2 yang menjual kraftangan, pakaian dan kain sari...yang menyeronokkan bila menawar cadar sulaman dari 800,000 rupes boleh jatuh harga 300,000 rupes...main harga dengan pekedai sampai pekedai tu telefon boss dia...boleh ke tidak...hehehe.  Kita ingatkan kita dah tawar habis-habisan tetapi malangnya di hotel tempat penginapan kami baru harga dengan senang hati 200,000 rupesss...adussssss kena tipu lagi....
          
India terkenal dengan rakyat yang begitu ramai, kos hidup murah tetapi ramai orang dijalanan...sebenarnya apa yang teringin sangat nak ke India ni adalah untuk melihat keindahan TAJ MAHAL...antara 7 keajaiban dunia...memang benar...TAJ bermaksud Mahkota..dan MAHAL bermaksud Istana....betapa kasihnya seorang suami kepada isteri maka dia memerintahkan semua rakyatnya membina lambang cinta agongnya....Taj Mahal dibina hampir 22 tahun baru siap dengan 20,000 penduduk india dikerah untuk membinanya...Marmar yang terhasil bukan sahaja dari India tetapi dari Germany, batu-batu pertama dari rubi, zamrud, nikon, aked semuanya ditempah khas oleh Shah Jehan dari luar negara demi menerapkan didinding2 Taj Mahal...uniknya dinding ini bila disuluh oleh cahaya...mengeluarkan warna yang cukup indah...terang benderang...batu-batu permata kekal disitu....dulu2 Mr. Amit kata, lagi putih...kerana rakyat tidak dibenarkan masuk...now dah kelabu sikit...iye kot...tapi nak masuk Taj Mahal ni tak susah mana cuma kawalan keselamatan dia ketat sikit...satu benda makan pun tak boleh dibawa, apa lagi gula2 yang kecil pun Polis dia ambil....so bersih lah tempat dia....jom layan gambar nih....






























lagi yang tak tahan masa naik gajah...alahai dah tua-tua baru dapat naik gajah, pulak tu anak gajah...terhoyong-hayang gayat gak tapi buat2 ok jer.....macam biasa hehehehe.  Time makan pulak cik abang sayang saya ni...sedap aje...sehari dua tu bolehlah makin lama makin jemu pulak benar yang lebihkurang sama jer....tekak macam tak boleh dah nak terima...tapi cik abang sayang saya...belasah jer...hehehehe. Selera masing-masing....

oklah fren-fren yang baca cerita India ni...baik lah kalau dapat pergi melihat negara orang lain adalah lebih baik daripada mendengar cerita yang bukan2...kan kata orang berjalan tu menambah pengalaman hidup....ok...bye2...rasa cam nak pergi lagi tapi kali ni cam nak cari sharuk khan jer....ooooo kena pi kashmir dan mumbai...jom...ada geng nak pergi tak...hehehehe