Tuesday, June 12, 2012

ahli-ahli baru keluargaku...

muhammad sufi azfa bin muhd safuan....lahir pada 24/8/2011. papa dia suka lagu sufi dan mak tok dia suka nama azfa...so itulah namanya...semuga muhammad sufi azfa menjadi tiang penyeri kehidupan papa dan mamanya....menjadi anak yang soleh...menjadi insan yang berjaya didunia dan akhirat...semua allah permudahkan perjalanan kehidupannya.....apa yang dikehendaki dikurniakan allah....aminnnn




Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah

Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan

Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah di hina kau tak berubah

Sufi ialah seseorang insan yang komited (tekun) mengamalkan ilmu tasawuf.. 

"Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada, Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia, Biar rebah dihina kau tak berubah".. Seseorang sufi itu sentiasa mendidik hatinya dan menyerahkan jiwa raganya kepada Allah, mengamalkan Zuhud dan Qana'ah (sentiasa berasa cukup dengan apa yang ada walau sedikit atau tiada apa-apa), sehingga "dirinya tiada", tidak dikenali sesiapa, tidak punyai apa-apa, rela menderita di dunia demi bahagia di akhirat.. sufi tegar dengan cintanya kepada Allah walaupun di mata ahli dunia (orang-orang yang buta hatinya) sufi ini dipandang hina, miskin, jijik dan papa.. hakikatnya, mereka amat mulia di sisi Allah..

"Kau menguasai selautan, Yang tersembunyi di genggaman, Nafi dan isbat kau sandingkan, Sebagai tali pegangan".. Pada seorang sufi, adanya karamah (keramat), adanya Kasyaf (pandangan mata hati) dan Sirrul Asrar (rahsia di atas rahsia), adanya kekayaan jiwa yang tiada pada insan biasa, sehingga diibaratkan "menguasai selautan".. Nafi ialah "La Ilaha", Isbat ialah "Illa Allah".. dua frasa Tauhid, sentiasa menjadi pegangan erat ahli sufi.. Bukan sekadar "Ilah" sebagai "Tuhan", malah juga sebagai "yang berkuasa, yang diyakini, yang diharapkan", maka seseorang sufi itu tidak memandang ada yang lain yang berkuasa, yang diyakini dan yang diharapkan melainkan Allah semata-mata..

"Sufi kau hilang di pandangan, Ada di dalam kenikmatan, Engkau dan DIA pasti tidak akan terpisah, Andai tertutup tirai sufi, Yang terang tidak nampak terang. Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan".. "Hilang di pandangan", seseorang sufi yang benar akan Fana', hilang dalam kesatuan jiwa bersama cinta sejatinya Allah semata-mata.. DIA di sini ialah Allah.. Sufi dan Allah itu tidak terpisah, kerana Sufi mencintai Allah dan Allah mencintai Ahli Sufi.. seandainya tertutup tirai sufi, seandainya cahaya tasawuf hilang, maka "yang terang tidak nampak terang", mata hati menjadi buta, kebenaran yang terang tidak mampu lagi dilihat dan diikuti.. "INILAH SIKSA SEPANJANG JALAN", bila mata hati sudah buta, bila kebenaran yang terang sudah tidak dinampak terangnya, maka sesatlah manusia dalam perjalanan hidup di dunia, seksa jiwa, hilang bahagia hidup di dunia malah terseksa lagi di akhirat..

"Inginku tempuh titianmu, Dari kekasih ke kekasih, Pengabdianku bersamamu kasih, Biar rebah dihina kau tak berubah".. betapa indahnya jalan tasawuf, jalan kesufian.. "dari kekasih ke kekasih", dari tahap serendah-rendahnya cinta kepada manusia, bertingkat tahap ke mencintai Rasulullah sehingga ke tahap cinta kepada Allah, demikianlah semakin tingginya darjat cinta seorang sufi.. "Pengabdianku bersamamu kasih", KASIH di sini ialah Allah, "biar rebah dihina kau tak berubah", walau kalimah "ALLAH" itu senantiasa dihina dicerca orang-orang kafir dan munafiq, kemuliaan hakiki ALLAH tetap tidak berubah..

Indahnya lagu-lagu biasa andai dinikmati secara luar biasa.. Demi meningkatnya iman.. Semoga bermanfaat!


sharra eryana zara...satu-satunya cucu perempuan yang hadir.  Semuga kehadiran dia menjadi penyeri dan cahaya kegembiraan buat daddy dan mummy serta semua keluarga. Semuga menjadi insan yang berjaya didalam apa juga perkara yang dilaluinya.... Semuga Allah memperkenankan segala hajat dan cita-citanya....aminnnn.









muhammad zariff danish, alhamdulillah semuga danish menjadi kesayangan seisi keluarga, menjadi insan kamil, menjadi lelaki soleh dan berjaya dengan segala impiannya....Semuga Allah memberkati kehidupannya didunia dan akhirat....aminnnnn