Thursday, September 2, 2010

alam kanak-kanak ku



                                                                 saya dan anak kecil saya

Aku dilahirkan pada 15 Ogos 1959, di Kulai Johor, diberi nama Rohana, menurut emak, abah yang memberikan nama mengambil sempena pangkal nama abah Rahmat dan nama emak bernama Ramlah.  Nama aku bermaksud dalam bahasa Arab...Jiwa kami...indah amat terindah. kedua ibubapaku telah meninggal dunia.  aku mempunyai adik beradik seramai 7 orang, yang sulung bernama NORDIN telah meninggal dunia juga, yang kedua NORMAH menetap di Bukit Mertajam, NORAZMAN juga menetap di Bukit Mertajam.  Kakakku yang satu ini menetap di Sunway Gombak bernama LATIPAH beza usia 2 tahun dariku dan adik lelakiku YOSMAN beza setahun dan yang bungsu SAMSUDIN.  Aku nyatakan indah kerana aku mempunyai 2 abang 2 kanak dan 2 adik lelaki......kami membesar dalam keluarga yang ramai.  Selepas lahir, emak membawa aku ke Pontian, menurut emak kerana tugasan abah sebagai Polis membuatkan kami sekeluarga asyik berpindah randah.  Banyak membela aku selepas dilahirkan adalah emak ngah aku kerana, emak mengandung lagi, tatkala aku berusia 1 tahun 3 bulan lahirkan adikku itu.  Masa kecilku aku banyak di Pontian, kampong emak dan abah.  Emak pula berketurunan Bugis manakala abah orang Jawa...selepas berusia 3 tahun abah berpindah ke Nami, Kedah sehinggalah aku berusia 6 tahun. Daripada Nami kami berpindah lagi ke Kuala Lumpur iaitu Bangsar, Kg. Abdullah Hukum kerana bapaku bertukar kerja di Balai Polis Jalan Bandar, Kuala Lumpur.

Bangsar perumahan setinggan yang disewa oleh abah, rumahnya papan satu bilik, terletak betul-betul  bersebelahan dengan jambatan hitam untuk laluan keretapi dibawahnya mengalir air sungai yang lebar. setiap kali keretapi lalu, hon akan kedengaran sampai ke rumah.  air sungai pula ada pasang dan surut mengikut cuaca...seronoknya disini rumah rapat-rapat, 90% adalah orang melayu semuanya. zaman persekolahan aku sangat meriah, hari pertama bersekolah lah yang paling meriah, aku menangis meraung-raung sampai peluk tiang rumah tak mahu ke sekolah, apalagi puas emak pujuk aku masih tak bergerak lalu abah aku tarik2 kena lah selepang dua kat bontot aku tapi aku tetap peluk tiang...sebabnya takutkan jambatan hitam. ngeri melihat air sungai yang lalu dibawah jambtan hitam, air sungai yang macam air teh tarik...kalau masa air naik, boleh pening sekejap...berpusar laju air mengalir dan seronok lagi tu....setiap kali nak buang air besar...terpaksa lari ke jamban yang dibuat betul-betul ditepi sungai, bayangkan bila air sungai naik...

setelah menetap hampir 1 tahun disitu, tiba masa bapaku berpindah pula ke jalan aman, berek polis yang terletak di area keramat/ampang. aku bertukar ke sekolah rendah kg baru. disini bermula episod menjadi anak polis yang rata-ratanya seorang anggota polis disitu mempunyai anak melebihi 5 orang....di berek polis ini aku membesar dari darjah 1, 7 tahun hingga 17 tahun. macam-macam keseronokan, keriangan, kemeriahan menetap disini yang paling aku suka setiap kali hari raya...

Sebagai kanak-kanak kalau hari raya aku mendapat 2 helai baju dari emak, satu baju kurung dan satu lagi baju fesyen tak kiralah mini skirt ke, baju dan seluar ke, yang pasti kasut raya mesti ada... kalau bulan puasa selalunya rumah emak akan mewah dengan makanan, jiran tetangga tak kedekut menghulur balasan emak, kekadang sampai padat perut kami...semuanya masuk.  Emak pula tak berhenti bersedekah....apa sahajalah tenaga, makanan...itulah emak saya..baik hati sangat2..

banyak kenangan di berek polis jalan aman tu..antaranya aku akan jadi penyanyi bila ada kenduri kahwin, menyanyi dengan band lagi...kadangkala keseronokan itu datangnya dari kekawan anak-anak jiran, aku cukup suka mengumpul budak-budak...biskut tawar mak aku jadi sasaran dibungkus sebagai hadiah menang lumba lari..bila musim main gasing, aku pun main gasing...kelakuan aku sedikit sebanyak macam tomboy kerana pengaruh kedua adik2ku. kami main sama-sama, kekadang sampai lupa nak balik rumah makan tengah hari. lagi satu hobi aku suka bersalin baju...akibatnya emak selalu berleter, penat dengan telatah aku.
macam-macam permainan aku main dulu2 baling getah, roundess, galah panjang, main hantu-hantu, main emak-emak, masak-masak, kekadang aku jadi cikgu, semuanya dilipatan kenangan abadiku...selalunya kalau main-main ini aku jadi ketua, semua orang kena panggil aku kak lang, mak aku pulak panggil aku "kak nam" gelaran sihat....kak nam bermaksud tukang cipta or tukang karut...hehehehe.