Sunday, December 4, 2011

TEAM BUILDING DI SERI MENANTI RESORT, N.9




















12-14 Oktober 2011 senarai naik kena pergi team building (tb)..hai dah tua-tua kena kursus pulak, kursus ni joint orang muda-muda baya anak-anakku ..aduhai. kena jugalah pergi...geng paling senior le..sebut tua kang rasa cam tua bebenor...hehehe sakdiah yusof teman sebilik dan hj. ghazali...yang bestnya kursus ni buat rakit dari pelampong dan berakit, ala-ala perang muka diconteng-conteng dan mengatasi ketakutan kegelapan...dan yang tak bestnya...hehehe pemenang keseluruhan team building adalah...kumpulan mabeles yang dianggotai oleh...din, ee, gazi, ann, nas, bee, yati, anna ...jom layan gambar




Monday, October 10, 2011

perkahwinan farah asyikin dan akib bin lam

selamat pengantin baru sehingga ke akhir hayat buat syikin dan akib....perkahwinan yang begitu tenang dan ceria...mengasyikkan dengan alunan lagu2 yang indah....

Kau begitu sempurna, Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku ku kan, selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan, Hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku,tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang
engkau begitu sempurna .. sempurna

Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuhk kau bisikkan dan hapus semua sesalku

sempurna.....aduhai.....lagu background pengantin datang..jom layan gambar yang indah2....


























Sunday, October 9, 2011

musim haji...


assalamualaikum...seronoknya bila dapat mengetahui adanya kaum keluarga yang terpilih mengikuti haji musim 2011 ini...tahun ini besan, bapa mertua muhd shahril, Muhd Najib dan juga adik kesayanganku Samsudin bin Rahmat dan isteri, Zaini binti Jamaluddin sampai seruan haji....gembira hati  mendengar khabar berita dan hati ini hanya Allah yang tahu....teringinnyer...teringinnyer....masyaallah bilakah sampai masaku Ya Allah, engkau pilihlah aku dan percepatkanlah ...tak sabar rasanya....melihat keindahan mengharungi jutaan insan yang bakal menyerah dan mengorbankan segala kehidupan ke tanah suci Mu ya Allah....dalam erti kata lain menunaikan rukan haji .... mencari haji yang mabror...mendapat ganjaran pahala yang terindah, subhanaullah.... hari-hari mendoakan agar aku dan suamiku terpilih, dipilih oleh Allah SWT...

kepada adik kesayanganku dan besan yang baik hati...muga-muga kalian menjadi insan yang banyak bersabar, melaluinya dengan segala kemudahan, kesenangan dipermudahkan segalanya dengan tenang dan tabah...aminnnnn...dapat mengerjakan haji dengan penuh kusyuk dan tawaduk.....AMINNNNN

Tuesday, August 2, 2011

pinggan mangkok aku yang baru....





seronoknya beli pinggan baru nih...warna pink ada bunga seketul...beli ni kerana sukakan pinggan makan dia besar, tambahan pulak kerana warnanya....jom hayati warna pink yang manis dan lembut....






Pastu....pi pulak kedai apek jumpa piring/mangkok kecil2 putih...cantik sesangat, tebal kacanya...ini yang best cos antik barangan lelama.. sejak tercebur dalam pinggan antik ni hari2 tengok n3 kekawan kat internet macam2 dia org dapat cos dia org rajin pi hunting...laki aku pulak bising2 dah penuh almari tuh mana nak letak...tengok cuci mata ajelah...nak tambah cuma dalam diam2 jer....

LANGKAWI....trip famili-famili

Hari Jumaat malam 2 julai 2011 dengan 40 penumpang yang terdiri daripada aku anak beranak, habsah adik beradik, besan aku, emak ayu anak beranak dengan jirannya, jiran aku kak pah dan kak jah serta anak daranya, my good fren alijah dan su serta kakaknya dari JB, cik timah dan arif kawan aiman, puan sidah dengan membawa cucu dan hubbynya, adik ipar aku Wahidah dengan adik2nya dan hubbynya, mak mentua aku pun tak ketinggalan dan aku angkut lagi anak buah abah dia...2 orang anak paman dan anak maznah, menjadikan gamat hero2 aku....melancong ke langkawi dengan bas..mula2 rasa cam penat tetapi berbaloi2...bayaran 85.00 bas KL, 60.00 tempat tidor, feri 33.00 kanak-kanak 26.00, bas dilangkawi 20.00 dan insuran perjalanan 5.00.  Menjadikan seorang membayar RM200.00 dewasa dan kanak-kanak RM120.00.

Perjalanan meriah waktu malam...semuanya tak lena nak titun...asyik berganti tengok CD...Pak Mustafa memandu dengan perlahan dan berhati2...hati kami orang pun gembira kerana Pak Mustafa akan sentiasa mengingatkan solat sepanjang perjalanan pergi dan pulang...semalam di dalam bas, dan dua malam di motel langkawi...seharian penuh melancong sekitar langkawi dan pulang dengan penuh muatan...tak lepas yang murah-murah tu..pasti diangkut walaupun dengan susah payahnya...orang pompuan kata hubby aku....sanggup....hehehe mestilah sanggup bang, nak pakai raya lah....

Balik pula singgah di Padang Besar, macam-macam lagi diheret naik bas...penuh dengan anika benda, dah berjalan kan tentulah banyak yang berkenan....jom layan gambar aku....