Tuesday, August 2, 2011

pinggan mangkok aku yang baru....





seronoknya beli pinggan baru nih...warna pink ada bunga seketul...beli ni kerana sukakan pinggan makan dia besar, tambahan pulak kerana warnanya....jom hayati warna pink yang manis dan lembut....






Pastu....pi pulak kedai apek jumpa piring/mangkok kecil2 putih...cantik sesangat, tebal kacanya...ini yang best cos antik barangan lelama.. sejak tercebur dalam pinggan antik ni hari2 tengok n3 kekawan kat internet macam2 dia org dapat cos dia org rajin pi hunting...laki aku pulak bising2 dah penuh almari tuh mana nak letak...tengok cuci mata ajelah...nak tambah cuma dalam diam2 jer....

LANGKAWI....trip famili-famili

Hari Jumaat malam 2 julai 2011 dengan 40 penumpang yang terdiri daripada aku anak beranak, habsah adik beradik, besan aku, emak ayu anak beranak dengan jirannya, jiran aku kak pah dan kak jah serta anak daranya, my good fren alijah dan su serta kakaknya dari JB, cik timah dan arif kawan aiman, puan sidah dengan membawa cucu dan hubbynya, adik ipar aku Wahidah dengan adik2nya dan hubbynya, mak mentua aku pun tak ketinggalan dan aku angkut lagi anak buah abah dia...2 orang anak paman dan anak maznah, menjadikan gamat hero2 aku....melancong ke langkawi dengan bas..mula2 rasa cam penat tetapi berbaloi2...bayaran 85.00 bas KL, 60.00 tempat tidor, feri 33.00 kanak-kanak 26.00, bas dilangkawi 20.00 dan insuran perjalanan 5.00.  Menjadikan seorang membayar RM200.00 dewasa dan kanak-kanak RM120.00.

Perjalanan meriah waktu malam...semuanya tak lena nak titun...asyik berganti tengok CD...Pak Mustafa memandu dengan perlahan dan berhati2...hati kami orang pun gembira kerana Pak Mustafa akan sentiasa mengingatkan solat sepanjang perjalanan pergi dan pulang...semalam di dalam bas, dan dua malam di motel langkawi...seharian penuh melancong sekitar langkawi dan pulang dengan penuh muatan...tak lepas yang murah-murah tu..pasti diangkut walaupun dengan susah payahnya...orang pompuan kata hubby aku....sanggup....hehehe mestilah sanggup bang, nak pakai raya lah....

Balik pula singgah di Padang Besar, macam-macam lagi diheret naik bas...penuh dengan anika benda, dah berjalan kan tentulah banyak yang berkenan....jom layan gambar aku....