Tuesday, August 2, 2011

LANGKAWI....trip famili-famili

Hari Jumaat malam 2 julai 2011 dengan 40 penumpang yang terdiri daripada aku anak beranak, habsah adik beradik, besan aku, emak ayu anak beranak dengan jirannya, jiran aku kak pah dan kak jah serta anak daranya, my good fren alijah dan su serta kakaknya dari JB, cik timah dan arif kawan aiman, puan sidah dengan membawa cucu dan hubbynya, adik ipar aku Wahidah dengan adik2nya dan hubbynya, mak mentua aku pun tak ketinggalan dan aku angkut lagi anak buah abah dia...2 orang anak paman dan anak maznah, menjadikan gamat hero2 aku....melancong ke langkawi dengan bas..mula2 rasa cam penat tetapi berbaloi2...bayaran 85.00 bas KL, 60.00 tempat tidor, feri 33.00 kanak-kanak 26.00, bas dilangkawi 20.00 dan insuran perjalanan 5.00.  Menjadikan seorang membayar RM200.00 dewasa dan kanak-kanak RM120.00.

Perjalanan meriah waktu malam...semuanya tak lena nak titun...asyik berganti tengok CD...Pak Mustafa memandu dengan perlahan dan berhati2...hati kami orang pun gembira kerana Pak Mustafa akan sentiasa mengingatkan solat sepanjang perjalanan pergi dan pulang...semalam di dalam bas, dan dua malam di motel langkawi...seharian penuh melancong sekitar langkawi dan pulang dengan penuh muatan...tak lepas yang murah-murah tu..pasti diangkut walaupun dengan susah payahnya...orang pompuan kata hubby aku....sanggup....hehehe mestilah sanggup bang, nak pakai raya lah....

Balik pula singgah di Padang Besar, macam-macam lagi diheret naik bas...penuh dengan anika benda, dah berjalan kan tentulah banyak yang berkenan....jom layan gambar aku....




































Thursday, July 7, 2011

BUNGA BERKEMBANG.......ramai terpikat




POKOK MANGGA belajar berbuah...manis and sedap





hai...terima kasih Ya Allah bagi rezeki begini...pokok mangga ni dah besar remaja tapi baru jer nak belajar berbuah...dapatlah dekat 60 biji dah dapat jugalah sedekah kat orang-orang terdekat...buahnya macam harum manis, sedap walaupun muda...pepagi kekadang tergolek 1-2 biji, ada gak orang lalu lalang ambil bila mereka nampak buah tergolek, ada gak makcik belakang2 tu bagi tahu jumpa buah ana tergolek makcik ambil....ambillah rezeki Allah bagi kat dia...apapun seronok bila pokok ni berbuah cam seronoklah...hehehe. next time dia berbuah lagi lebat ramai lagi boleh aku sedekah....

Cerita lawak Buah Mangga

 
Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli : "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga : "RM7!"
Pembeli : "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!?"
Peniaga : "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli : "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga : "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli : "Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!"
Peniaga : "#$%@%&%????...

hehehe....ingat maharaja lawak...siapa tu...R2...


PADANG....KESIAN KEKAWAN AKU....

3 JUN 2011 ambil package Padang/Bukit Tinggi 5hari 4malam...selalunya orang ambil 4h3m tetapi my best fren bagi harga murah...so bantailah 4 malam...sampai rasa cam bosan lak lama sangat...tetapi dengan kekawan ni seronoklah ada jer cerita gelak ketawa......makan first day and second day macam kemaruk makan, semuanya sedap terutama sekali sambal lada hijau, masuk sayor nangka, sayor rebung lemak kering2, indah belaka, senyum menyeringai...masuk third day...pepagi jer breakfast...muka masing-masing dah suram..asyik kejar jamban...hehehe...langsung mood makan hilang...nasi padang punya penangan ramai yang terberak2...dah pandang nasi dan lauk macam takut...hehehehe...aku seperti biasa..perut orang bugis, kuat, teguh dan peramah...makan apa ajelah...insyaaallah lumayan.  mungkin berkat baca doa makan kot...hehehe jangan marah mak senah, mak syam....mak jah...yang terberrrrrr...akkk2 tu, sepatutnya na nak ambil gambar kau orang tapi tak sampai hati lak....

apapun Padang/bukit tinggi ni paling best kerana bawak bapak2 haji...pak abu dan pak sarwan, pak seman...walaupun pak mail tak ikut...tapi aku enjoy gak ler dengan 3 bapak2 nih...tambah lagi pak ali, tour guide kami yang ada jer cerita and lawak padang...sampai orang tidor pun dia ambil gambar...kecian mak hatijah, gambar masuk facebook lagi...nasib baik tak meleleh air liokkk...

bab shoping ni aku memang tabik tiang ngan kau orang, pantang masuk kedai..berkenan memanjang...10 kedah 10 barang...tak cukup-cukup....memanglah murah dan seronok berbelanja rasa cam kena beli banyak norrrr...apapun jom layan gambar.....