Thursday, February 17, 2011

HAPPY BIRTHDAY HARIS

12 Februari 2011 hari jadi haris yang ke 3 tahun...meriah lah kerana kehadiran anak cucu dan mama Ita dan anak2nya...Sebagai Mama Haris..aku memang gembira kerana dia membesar didepan mataku...anak yang amat-amat menyentuh hati dan perasaan, teramat aku sayang..kasih sayangku hari2 semakin bertambah...apa lagi dengan gelagatnya yang kadang-kala memang membahagiakan aku dan anak2... kini telah 3 tahun aku memelihara dia. Dia yang tidak banyak ragam, suka makan, suka menyanyi.  Hari-hari ada perkara atau perkataan baru yang dikeluarkan. Hubby aku lagilah pulak makin hari makin kuat menyakat, kalau tak nangis si Haris tu tak sah. Bila aku teringat saat kehadiran Haris dirumah satu masa dulu...hubby akulah yang bising2,  tetapi  kini dia pulak yang lebih2 menyayangi Haris malahan kehadiran Haris memang banyak membawa rahmat kepadaku.. tambahan kami dua orang dua-dua berpenyakit...inilah hikmah Allah berikan, kesihatan kami semakin hari semakin ok....kesakitan kami semakin hari semakin sembuh...Alhamdulillah ya Allah....

Hubby aku yang paling banyak berubah lebih rajin dari aku,  masa lagi baby si Haris ni dulu dialah yang bawa ke bilik untuk tidorkan, susu dan pampers dia jugalah yang menguruskannya sampai kini dah berusia 3 tahun masih pakai pampers dan hubby akulah pepagi salinkan dia pampers sebelum menghantarnya kerumah Mama Ita...tugas yang tak jemu dia lakukan..  Bukan itu sahaja, kemana-mana pergi pun anak kecil itu dibawanya... dia taknak tinggalkan  si Haris. Dia akan dokong, layan dan jaga tatkala kami orang shoping atau lawatan,  Begitu juga semasa pergi ke Kuching, Sarawak Haris didalam dakapan dia sahaja....itulah kasih sayang yang tulus aku lihat dari dia...

Haris ni special...umor 1 bulan dah dibawa ke Menara KL, sedangkan time tu usia aku dah 50...baru first time aku naik.. 3 bulan telah dibawa bermalam di Genting Highland...2 tahun telah dibawa ke Kuching, Sarawak dan 3 tahun telah dibawa ke Bali....memang istimewa anak kecil aku nih...semuga Allah memanjangkan usianya, memberikan rezeki lumayan dan menjadikan dia anak soleh, baikhati dan menyayangi aku dan keluargaku selamanya...aminnnn

sekitar gambar harijadi Haris 3 tahun...






























No comments:

Post a Comment