Monday, December 13, 2010

AIRMATAKU TUMPAH LAGI...DAN LAGI

23 MEI 2010...15 hari 13 malam...Umrah dan Ziarah...benar-benar menyucikan diri ke baitullah...wahai PENCIPTA ALAM...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...SANGAT bertepatan dan sangat-sangat bertepatan, ALLAH MAHA BESAR... berbagai perasaan bercampur baur....bahagia, gembira, takut, seram sejuk... segalanya aku rasakan tatkala sampai waktu untuk berangkat ke sana. Mana mungkin tempat yang disanjung, dipuja dan terpanggil-panggil oleh seluruh umat islam mengunjunginya...aku dan suamiku salah seorang tetamu Allah...subhanaullah betapa terujanya aku,  saat menunggu hari demi hari dan akhirnya dapat juga kaki ini memijak  bumi Madinah dan Mekah.  Perjalanan yang sangat seronok....

Pertama kali melihat Masjid Madinah Munawwarah..MASJID NABI..MASJID NABAWI...airmata tertumpah dengan sendirinya....tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku ni..sayu hati..gembira bercampur baur. Keindahan  Masjid Nabawi, Madinah bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk fizikal dan persekitarannya sahaja, malah dalam  berbagai bentuk  dan perspektif yang lain. Ruang solat lelaki dan wanita diasingkan...Ya Allah.... disini aku dapat merasai ketenangan dan kekusyukkan...Masjid nya ...sangat-sangat mengagumkan aku....hati sangat-sangat tersentuh dan teruja...betapa besarnya rahmatMu ya Allah...betapa kasihnya aku terhadap Pencinta Allah....
 
3 MALAM DI MADINAH....keindahan ruang-ruang Masjid Nabawi...tiang berukir dan bersalut warna keemasan, silingnya menarik dan persekitaran dengan payung terbuka sendiri amat-amat mengembirakan hati ini dan menambah lagi rasa keimanan dan kecintaan terhadap Allah SWT...disini doa-doa kudus mengiringi setiap selesai solat, dimakam Raudhah, mengharapkan Allah menerima taubat dan mengampuni segala dosa-dosaku...suamiku..dosa kedua ibubapaku..anak-anakku...cucu-cucuku...adik beradikku... seluruh keluargaku..juga teman-teman di Malaysia....tatkala berdoa inilah aku merasakan wajah-wajah yang ku seru itu dapat menjadi pengunjung masjid yang mencerminkan keimanan dan ketakwaan....merasakan damainya hati ketika ini, ..aminnnnnn.

Masuk ke Makam Nabi...sekali aku kagum...kali ini benar2 airmata tidak dapat ditahan lagi..terasa damainya jiwa dan halusnya perasaan aku saat mengucapkan salam kepada Junjungan besar Nabi Muhammad SAW....dan sahabat-sahabat baginda, aku berdoa agar aku dapat bertemu baginda...satu hari nanti...insyaallah....  Terlalu besar jasa dan perjuangan baginda dalam menegakkan agama islam...terbayang bagaimana keadaan yang amat payah dilalui oleh baginda....betapa hebat suasana disini....aku tidak melepaskan peluang untuk bersolat di Raudhah...salah satu tempat mustajab doa...walaupun keadaan tidak selesa kerana sangat sesak tetapi Allah telah membantu aku...doa aku telah dimakbulkan....memudahkan aku bersolat dan dapat sujud dengan tenang....selepas berdoa...airmataku tumpah lagi...massyaallah....satu lagi tempat yang aku kagum...  Di Madinah kami dibawa melawat berbagai tempat....antaranya kata mutawif aku, Ustaz Mahmod..siapa yang ingin bertemu muka dengan Rasullaullah...marilah solat sunat 2 rakaat dan solat hajat..minta Allah sampaikan niat kita untuk bertemu muka dengan Rasullaullah....  di Gua Hira' ini.... tempat inilah nabi menyembunyikan diri dan disini nabi bersolat...setiap waktu...bertemu muka bermaksud sujud didalam solat ditempat nabi sujud solat...Dari atas Gua Hira' ini terpancar keindahan Kota Mekah terutamanya dapat melihat Kaabah dari atas bukit  pada waktu malam, terang benderang Kota Kaabah...udaranya nyaman menyusuk dikalbu....saat aku mendaki pada jam 11.00 malam...angin sejukkkk bertiup...yang hairan dan pelik, sepanjang pendakian berbau wangiii walaupun tanpa lampu suluh, seolah berjalan diwaktu subuh hati...nampak segalanya dengan jelas...tidak terasa penat....hati amat riang kerana niat telah dilakukan....

                                                                   





akhirnya sampai juga di Kota Mekah....pertama sekali bila nampak Kaabah dari jauh...kecil aje dalam hati nih..tetapi bila masuk dan berdiri didepannya...ya Allah betapa aku sampai dihadapan kaabah yang menjadi kiblat, menjadi panduan, arah untuk orang islam menunaikan solat sedangkan aku berdiri didepan dimana-mana sudut aku dapat menunaikan solat...terpegun seketika...tangan terus menadah tangan berdoa...alhamdulillah ya allah aku telah sampai disini...alhamdulillah...sekali lagi airmataku tumpah....disini aku sujud berkali-kali setiap waktu...aku memandang baitullahpun dah terasa damai...pandang yang tak terkelip2...asyik betul...

 

                                                               
Mekah al-Mukarramah.....kota suci setiap umat islam dari seluruh dunia yang datang dengan mempunyai impian untuk beribadah disini dan aku serta suamiku...insan yang sangat bertuah kerana dapat mencapai impian yang berharga buat diriku....syukur Alhamdulillahh...
dalam aku memunajadkan diri kepadamu Ya Allah, aku ingin berkongsi cerita pengalaman manis yang sukar untuk aku lupakan. Bukan bertujuan riak, tapi itulah kebesaran Allah Taala. Setiap kali solat...aku sangat-sangat jatuh cinta pada empunya suara yang menjadi Imam Besar Mekah...tidak kiralah siapa...tetapi itulah setiap kali mendengar bacaannya setiap kali itulah aku jatuh cinta.... Bacaannya menyusuk keseluruh jiwa raga sehingga menjadikan sembahayang saya terasa begitu lazat dan seronok sekali. Begitulah keadaannya untuk beberapa hari. Sehingga timbul niat di hati aku untuk menatap wajah kepunyaan suara emas itu, pujaanku. Allah mendengar hajat saya. Dengan takdir Allah, selepas habis solat dzohor, selalunya aku mengikut pintu kecil ditepi tangga naik ke atas tetapi entah  mengapa hari itu aku mengajak suaminya ikut pintu besar hadapan....tiba-tiba laluanku terhenti di tepi seorang lelaki berjalan ke arah saya dihadapan saya dengan diiringi oleh beberapa orang pegawai polis. Dengan segara jugalah hati saya berkata itulah imam Besar yang baru menyelesaikan solat tadi....masyallah dia tepat ke arah aku...Hati saya melonjak gembira. Semua itu berlaku dengan sekelip mata sahaja. Apabila ditanya, benar lelaki yang saya nampak itulah imam masjid yang mengimamkan solat. Hajat saya Allah makbulkan dengan kadar segera. Masyallah!...berlaku dalam sekelip mata....gembira hati aku bukan kepalang...aku hanya menadah tangan meminta dan dia mengabulkan segala kehendakku...

Benarlah ramai orang yang pernah ke Mekah berkata, jika korang berniat baik di sana, Allah akan memberikan kebaikan serta-merta dan jika korang ada niat tak baik atau pun seolah-olah mengeluh dengan dugaan yang diberikan, Allah akan bayar cash terus.

Seperkara kebaikan kedua yang aku mohon....mencium hajarratulaswat...susahnya nak melihat apa lagi nak mencium...tidak mengira waktu, sentiasa bertolak-tolak, berasak-asak...bila melihat keadaan itu, aku terus solat taubat di Hijir Ismail...disini airmataku tumpah lagi kerana aku nak sangat-sangat Ya Allah...aku memohon Allah mempermudahkan aku mencium hajarratulaswat...memang satu perkara yang aku sangat-sangat terperanjat dan teruja...sehingga takde ucapan nak dilontarkan...aku berdiri dihadapan jemaah yang bertolak2...suamiku kata..payah lah..tapi tiba-tiba aku ditolak oleh dua orang wanita arab ...dengan kehadiran Polis menolak para jemaah lain..laluan aku mudah terus kehadapan dan aku dapat mengucupnya....berkali2 ..indah sangat-sangat...melihat dengan mata...batu-batu kecil yang bercahaya...Ya Allah...bila mana pula suamiku teringin mencium hajaratulaswad...aku pula mengajar caranya...solat taubat dihijir ismail...niat dengan sesungguhnya...alhamdulillah...dia dapat mencium 2 kali ...itulah pegangan aku mintalah pada Allah, dia akan bagi...hanya cepat atau lambat...tapi berusahalah meminta......

Setiap kali solat...aku solat ditingkat 1 mengadap kaabah..dan setiap waktu itu jugalah selesai solat fardhu akan diikuti dengan solat jenazah..masuk hari kedua, aku bertanya suamiku...dari mana datangnya jenazah, dibawa masuk tetapi tak nampakpun satu jenazahpun dari atas...suamiku hanya mendiamkan diri...lalu aku berkata...abang saya teringin nak tengok dari mana datangnya jenazah yang setiap waktu kita solat tuh...keinginan aku disampaikan oleh Allah, esok waktu subuh...tatkala aku melalui jalan utama..aku melihat berderet-deret kereta ambulan...dan tiba-tiba jenazah dikeluarkan dan ramai jemaah berebut-rebut mengangkat, mengusung dan membawa masuk...selepas solat subuh, aku melalui jalan itu lagi...dan aku dapat melihat depan mata..jenazah dibawa semula ke kereta ambulan dan keadaan jenazah dalam berbagai warna kain...tanpa keranda. diatas pengusung...panjang, sedang, kecil...masyaaalah 7 jenazah depan mata berlalu pergi....aku terkesima....time ni aku rasa hampir tak dapat bernafas tenang...bergelora jiwa raga..dipertuntunkan oleh Allah....

Dalam mengerjakan umrah....hampir ada waktu terluang, aku benar-benar munajatkan diri....peluang harus diambil bukan mudah untuk datang...bila sampai gunakanlah sebaik-baik waktu..kalau berdoa nih...macam-macam aku minta...dalam tempoh terdekat ni ya Allah panggillah aku untuk mengerjakan haji pula...aminnnnn.

           

No comments: