Thursday, July 7, 2011

HOTEL PALM SPRING, PORT DICKSON

Sejak akhir ini aku asyik bercuti dengan kekawan dan juga suamiku...tinggallah anak-anak dirumah sesama mereka.  Bila AGODA hantar pamplet hotel palm spring kepada aku dengan potongan diskaun maka aku pun lantas mengajak sidah dan keluarga...kerana harga hotel daripada RM176 hanya perlu bayar RM76 sahaja...akupun booking 4 bilik, sidah 2 bilik akupun 2 bilik. Aku mengajak Shahril dan Ina kerana mereka ni selalu jer belanja aku hotel...anak-anak lain ajak juga tapi masing-masing tak dapat nak ikut kerana dalam tempoh 1 minggu jer....

kami bertolak dari KL pukul 10.00 pagi terus ke PD dan melepak di pantai telok kemang, makan-makan dan jalan-jalan dibandar PD, pukul 3.00 baru masuk ke bilik.  Keadaan diluar hotel macam sunyi jer, kerana bentuk hotel macam apartment tetapi telah diubahsuai menjadi bilik2... aku dapat bilik superior bersekali dengan bilik shahril manakala sidah dan anaknya dibilik atas. 

Sebelum pergi tu macam2 cerita aku dengar tentang Palm Spring..tetapi sebab dah bayar dan dah janji dengan budak-budak, aku diamkan ajer cerita ini, tetapi dalam hati kecut jugalah begitu juga sidah.  Bila dah sampai dan masuk ke bilik punya seronok, hilang cerita yang tak enak tuh....bilik besar sangat, boleh bawa 8-10 orang dewasa, pemandangan dari bilik aku tu cantik sebab berhadapan dengan sungai, laluan orang berjoging...indah sangat. Setelah sampai dibilik, kami apa lagi terus menjamu selera, aku membawa mee hoon goring, ayam goring dan nasi lemak, sambal dan lauk2 kami.  Bila perut dah kenyang apa lagi kami pun tertidor, sedar2 dah pukul 5.00 petang, anak cucu nak mandi manda...kami pun berkereta ke swimming pool, jauhlah sedikit dalam 5 minit berkereta... tempat tu sunyi masa kami sampai cuma ada 1 famili sahaja yang mandi..selepas itu barulah nampak kelibat orang lain yang sama-sama joint mandi. 

Shahril, aa dan adam memang tak lepaskan peluang masing-masing main air, cucu aku pun happy sangat...atuk ayah dia membuta dibilik hotel...biasalah cik abang saya tu...malas tul nak layan swimming pool ni dia happy menonton tv sambil melihat pemandangan dari hotel....dia org mandi sampai pukul 7 malam. Pak Ruslan, suami sidah happy layan cucu...adiah dan fren happy sesama mereka....

Selepas mandi di bilik hotel, kami orang menjamu selera di Bt. 12 PD, selepas itu ke Pasar Malam.  Seronoknya pasar malam ni macam2 ada...seperti biasa kami orang lepak di pantai melayan anak cucu bermain....si kenit aku Haris, siap bukak selipar main pasir lagi...balik ke bilik hotel dah jam 11.00 malam...masing-masing dah penat terus lepak tidor...tapi aku tak boleh tidor malam tuh...jeng-jeng-jeng...sebabnya ????? macam-macamlah aku baca....doa pun banyak sekali...agak aku pukul 4.30 pagi baru dapat lena....esok pepagi tanya shahril diam-diam, engkau dengar tak apa2...shahril kata adalah...ina kata takde...ayah kata takde...alhamdulillah  ya Allah, engkau dah lindungi aku dengan keluarga aku....Thank You Allah....

Esoknya pepagi jam 8.00 kami dah sarapan roti canai yang dicanai oleh seorang Pakcik...hehehe roti last katanya...memangpun tempat tu ramai orang...lepas sarapan pagi, anak cucu main lagi swimming pool...hingga pukul 11.00 pagi. Lepas tu balik mandi2 dan lepak kat bilik, pukul 12.30 tengah hari baru kami orang balik ke rumah.....





























Dalam perjalanan Sidah calling..aku nak singgah Nilai, saja nak jalan..jom....ikut layanlah si sidah ni,  di Nilai beli carpet kecil, pekena sop meletop. Selepas tu singgah rumah Norli...anak sidah nak melawat cucunya seorang tu...alhamdullillah hari hujan dirumah Norli, lepas solat kami dijamu mee hon goring oleh Chef Norli...enak bangat...haris dan mikail sampai 4 kali tambah....hehehehe tambah sikit2 nenek dia pun makan sikit jer sebab tengok orang lain laju je makan iyelah hujan kan...hehehehe...terima kasih Norli dan Faiz..mama doakan anak kalian selamat sejahtera...aminnnnn .