Thursday, May 26, 2011

PILIH KASIH????


 
Bagi aku kehadiran anak-anak adalah sebagai aset yang perlu dijaga sebaik-baiknya agar mendapat pulangan yang baik apabila aku dan suamiku  tiada lagi di dunia ini. Anak-anak perlu dididik secara sama rata dan dengan penuh kasih sayang. Sikap adil perlu ditunjukkan oleh ibu bapa dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka dengan harapan akan membuahkan hasil yang baik. Keadilan yang dipaparkan akan membuka ruang kepada kehidupan sekeluarga yang akan dipenuhi dengan kasih sayang, hormat- menghormati dan sayang-menyayangi.

Ibubapa juga harus menyedari bahawa anak-anak mempunyai perasaan, berjiwa halus, emosi, bisikan kalbu dan curahan nurani. Belajar selami hati dan perasaan mereka ini. Yakini benar-benar bahawa anak-anak kita adalah unik. Yang cantik adalah unik dan yang hodoh juga adalah unik. Yang pandai adalah unik dan yang kurang menyinar pun adalah unik. Kerana kasih sayang yang mendalam terhadap anak2 aku....tak kira bagaimanapun keadaan dia, sekeliling masyarakat, keluarga membenci dia...dia tetap unik dihatiku...walaupun kelakuan dia kadang-kadang menghiris hati tetapi dia tetap anak yang unik dihati dan mataku....

Ada seorang anak datang padaku....katanya...ibu saya pilih kasih, dengan anak-anak lain bukan main ibu saya  layan tetapi dengan saya, dia benci sangat. Itu sebab saya selalu buat perangai, macam2  kenakalan, tak dengar kata, melawan, kadangkala  saya  buat pekak, tak tegur ibu saya berhari2, berkawan dengan orang yang tidak ibu sukai, balik lewat, mencuri...perangai memang jahat, kadangkala ibu saya pernah menyumpah saya....sebab sakit hati dengan tindakan saya...."

Mendengar kata dia, hati saya terluka...sedih, kenapa ada anak yang bersikap begini kepada seorang ibu....ibu tidak pernah membezakan anak2 melainkan anak2 itu sendiri yang merasai perbezaan, yang membuat perbezaan.. kenapa...pada saya kerana si anak ini tidak berubah perangainya, tidak mengubah diri untuk menyayangi ibu dengan ikhlas...kenapa si ibu melayan anak2 lain dengan baik, kerana anak2 yang lain itu melayan ibunya dengan begitu baik, kebaikan dibalas kebaikan itu yang dirasakan oleh si anak tadi  ...anak2 lain tak pernah menyakiti hati siibu..tidak pernah mencuri, tidak pernah tidak mendengar kata ibunya...dan tidak melukakan hati siibu dengan kata-kata yang pedih dan kasar....

perbezaan yang dirasakan itu adalah dari si anak itu sendiri....masyaallah, anak-anak ingatlah doa seorang ibu amat dasyat sekali...pernah aku mendengar Usrah...seorang ustazah bercerita tentang ibu dengan penuh kesedihan, dipeluknya ibu dia...dicium tangan dan mengucapkan terima kasih kepada ibunya....doa ibu adalah doa yang sangat2 Allah kabulkan...aku juga pernah menyumpah anak-anak aku...tetapi aku tak pernah menyumpah perkara yang Allah larang...bahkan aku menyumpah perkara kebaikan, kalau hatiku disakiti cepat-cepat aku menadah tangan memohon pada Allah, mengadu pada Allah, minta dia lebih baik dari kehidupan aku, dan setiap hari aku mohon pada Allah beri kebaikan dan keberkatan,  hari2 yang dia akan jalani lebih baik dari semalam itulah sumpahan aku pada insan yang bergelar anak2ku...........ini semuanya kerana kasih sayang yang telah Allah tanamkan dihatiku...subhanaulllahh...anak2ku...kalian tiada setitik dosa dan kesalahan kepadaku, hari2  yang telah lepas, hari ni dan bila2 pun hari mendatang...mama telah memaafkan kamu semua dari hari kelahiran kamu hingga ke akhir hayat kamu....terima kasih Ya Allah yang telah memberikan aku kebahagiaan....aminnnnnn...






No comments:

Post a Comment