Sunday, January 2, 2011

BEIJING ..SAMPAI JUGA HAJAT NAK MAIN SALJI

































26 - 31 DISEMBER 2010....6 hari 5 malam...Beijing oh beijing...aku datang lagi...sekali ini bersama dengan anak-anakku...aiman, aa dan adam...musim winter paras sehingga -07 darjah (negatif 07) dingin amat-amat....perjalanan mengambil masa 6 jam bertolak dari LCCT jam 0830 am dan sampai di Beijing jam 2.15petang.  Disambut oleh Mr. Dunken dan diantara tempat lawatan kami adalah Jade, batu kristal, mutiara di Fresh Water Pearl Center iaitu menternak mutiara dengan air tawar, mengurut kaki di Pusat Pemulihan Kedoktoran Tradisional China (Pusat Kajian Herba), Melawat Burning Cream Centre menjual ubatan herba (koyok), melusuri silk street...mencari barang-barang elektronik..beg-beg, cadar, alas meja, kain sutera, baju-baju, seluar jeans.  Kami dibawa ke cookware yang mana terdapat  pisau yang tidak perlu lagi diasah selama 3 tahun..katanyalah...tajam amat-amat made from germany...di Wang fujing Shopping Street mencari barang-barang antik china, set-set pinggan mangkok...pasu-pasu lama china yang dijual dengan harga yang murah sangat-sangat.  lagi tu...summer palace, Forbidden City (Bandar Kota Larangan) kediaman Maharaja China selama lebih 500 tahun, tianjin, Tian An Men Square dimana ini merupakan dataran terbesar di dunia bersempadan dengan Great Hall Of The People dan Chairman Mao's Mausoleum.  akrobatik di sebelah malam, masjid tua di beijing yang dibina semasa Dinasti Ming, masjid tertua di tianjin. Hutong street yang menjual makanan islam iaitu Supermarket muslim dan Niujie yang merupakan tempat komuniti Muslim dan satu-satunya supermarket untuk orang muslim di Beijing.  Stadium Sarang Burung (Bird's Nest) yang digunakan semasa Sukan Olimpik dan Water Cube.  Membeli belah di Jewelry Shop...serta minum teh di Dr. Tea House...4 jenis teh dihidangkan dalam berbagai rasa dan rawatan kesihatan.  Yang paling menyeronokkan anak-anak dapat bermain salji di Rose Valley Ski Resort.  Bayaran meluncur sebanyak RM80.00 seorang ditanggung sendiri bagi menyewa peralatan dan bayaran masuk untuk meluncur...disini aiman yang paling pandai meluncur...adam yang comel perlahan-lahan meluncur...dan dapat juga dia memenuhi niatnya untuk mengepal bola salji....dan aku puas kerana dapat tunaikan janji yang pernah aku berikan kepada Adam.....alhamdulillah ...terima kasih Allah....

1 comment: