Sunday, January 16, 2011

RENUNGAN BUAT ANAK-ANAKKU.....


Tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon daripada kawan BKN  memberitahu kawan aku kak P telah meninggal dunia….terkejut mendengar berita kematiannya tetapi aku lebih bersyukur kerana Allah SWT tidak memberikan penderitaannya lebih panjang lagi..Kak P yang aku kenal gelak tawanya, riuh rendah mulutnya…kini tiada lagi segalanya pergi bersama dirinya….. segalanya pergi bersemadi bersama jenazah kak P.  Di saat duduk menonton TV, kenangan dengan kak P bermain difikiranku….kehidupannya seolah-olah tergambar dihadapanku…lalu aku pun menangis mengenangkan kepayahan kak P di alam fana’ ini, aku berdoa mudah-mudahan Allah memberikan keindahan kepada kak P di alam akhirat yang kekal abadi…selamanya.
Aku mengenali kak P tatkala bertugas di BKN. Orangnya  peramah, suka bercakap suka ketawa  aku tahu orangnya baikhati.  Bilamana hati telah beraura dengannya, kisah kehidupan hariannya tidak lagi menjadi rahsia antara aku dan dia. Setiap hari ada je storynya yang kadangkala aku rasakan tak lengkap dan tak cukup manis hidup aku kalau tak mendengar storynya.  Aku menjadi tempat untuk dia mencurah pedih dihati, kekecewaan dalam membesarkan anak-anaknya 3 lelaki…dan ketawanya kadangkala aku rasakan hanya dibuat-buat untuk menghiburkan hatinya.. semakin lama aku dengan dia, kami  telah beradik-kakak, banyak kepedihan dan kesedihan dalam hidupnya yang aku  dengar dari kegembiraan…

Dia lebih banyak bercerita kegembiraan bila anak-anak masih kecil, senang dibelai, dijaga, makan minum, senda gurau adik beradik…….dari anak kecil membesar dan bermulalah episode duka kak P.  Setelah kematian suami akibat cancer, Kak P meneruskan hidup membela 3 anak bujang…dan disinilah segalanya bermula bila anak-anak bujang telah membesar, bekerja dan berumahtangga.  Nasib kak P memang tidak indah, setiap hari aku memberikan semangat kepadanya tetapi kadangkala aku sendiri patah hati dengan perasaannya…aku selalu kuatkan dia kerana inilah ujian Allah dan kita harus redha…apapun pemberiannya…yang buruk baik semuanya Allah yang punya dan aku selalu katakan setiap sesuatu itu ada hikmahnya…ada kemanisannya…tapi kadangkala kita sebagai manusia…tak pernah mengerti kehebatan pemberian Allah…dan kita tak sanggup hidup dalam keadaan yang na’if….tak sabar….dan yang perlu kita tahu hidup harus diteruskan.

Bila anak kak P yang sulung berkahwin…mulalah episod duka kak P…menantu perempuan dia tidak suka kak P.. setiap hari ada sahaja perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran antara kak P dan menantunya. Dari perkara kecil terbawa-bawa kepada lain-lain perkara.  Kadangkala anaknya terus menyerang Kak P membela isterinya dan akibatnya kak P dimarahi,....mulut mak jaga sikit..isteri saya kecil hati dengan mulut mak.....itulah kata-kata yang menghiris perasaan. Bayangkan usia dari bayi hingga ke 26 tahun, dijaga dibelai dipeluk dicium dengan penuh kasih sayang bila dah beristeri..boleh menangkan isteri yang baru dikawini yang baru hidup bersama sedangkan belaan ibu selama 26 tahun hilang begitu sahaja...kecil hati isteri yang baru dikawini lebih berjaya mendera perasaan ibunya....masyaallah.....

Tambah perit lagi Anak Kak P bertindak keluar dari rumah dan menyewa rumah lain. sejak itu dia datang sebulan sekali atau dua kali…dan akhirnya telah melupakan ibu yang selalu menunggu kepulangannya…mereka tidak datang lagi walaupun jarak antara rumah kak P dan anaknya hanya 10 minit.  Kak P menunggu setiap hari…tetapi alangkah pedihnya..telefon tak berjawab, datang menjengah pun tidak dan dari hari ke minggu ke bulan akhirnya bertahun…setahun, dua tahun dan tiga tahun….akhirnya rindu seorang ibu kepada anaknya telah bertukar kepada kekecewaan si ibu…kalau dulu kak P hanya mampu menangis setiap kali mengenangkan anaknya…tetapi airmata kak P tidak langsung menitis…dia sedar menantu dan anaknya telah membenci dia sekaligus menghukum dia kerana dek kecil hati, merajuk dengan kata-kata Kak P.  kalaulah anak dah merajuk menantu apa lagi… kak P tidak diendahkan lagi.. setiap kali bercerita anak menantu, setiap kali hatinya terguris…kekecewaan demi kekecewaan dengan sikap anaknya yang dianggap lebih menyayangi dan mengikut kata isteri sehingga sanggup membiarkan dan meninggalkan ibunya, apatah lagi untuk mengambil tahu hal adik-beradik yang lain.  Kalaulah seorang ibu berkata-kata…itu adalah teguran, anak harus menerimanya, kerana tanpa ibu tiadalah sianak. Anak kena ingat satu perkara….hidup ni tak selalu di atas…hari ini engkau membuat ibu engkau, tak mustahil satu hari nanti anak engkau akan mebalas perbuatan engkau terhadap ibu engkau…Allah memberi cash....ingatlah...hati ibu kalau dah marah, kemarahan Allah lebih berganda.

Dan teguran ibu selalunya ikhlas, sejahat mana sekalipun, walaupun terguris mana, terluka mana sekalipun hati sianak…tetapi jangan sampai mengguris balik hati ibu….masyaallah….kejam sungguh anak kak P.  kalaulah siibu tidak boleh menegur dengan kata-kata…siapa lagi yang boleh menegur…anggaplah teguran itu satu rahmat sepatutnya kerana kasih dan sayanglah maka terjadilah teguran…ibu mana yang nak letakkan anak dia ke lembah kesusahan, kesengsaraan…jauh sekali melihat anak hidup menderita, susah…selalunya biarlah ibu tu susah asalkan anak dia berjaya…kehidupan anaknya lebih baik dari siibu…dan aku sangat hiba dan sedih dengan apa yang anak-anak zaman hari ini boleh buat kepada ibubapa….masyaalllah….

Kesedihan kak P berpanjangan pula dengan anak keduanya, yang mula menghidu gam..mengambil ganja…dadah....kehidupan anaknya menjadi tak senonoh, kalau dulu ada kerja tetapi telah diberhentikan, bersilih ganti kerja tetapi masih tak berduit lagi…... dan mula mengasari kak P, minta duit tidak dibagi dia mula mencuri.  Setiap hari ada sahaja barang kak P dicurinya. Kak P kadangkala tidak sedar barang kemasnya alih-alih telah hilang..bila kak P nak pakai dan teringat barang kemasnya…dia mula menangis kerana barang tersebut telah hilang.  Anaknya telah membuka kunci almari dan mengambil barang kak P.  Dari gelang hingga pemberian arwah emak kak P semuanya dijual oleh anak kak P.  barang kemas peninggalan emak kak P, berbagai-bagai Kalau kak P tegur mulalah mengamuk, bercakap kasar, tengking-tengking kak P dan langsung tidak balik ke rumah. kalau pun dia mengambil dia tak akan mengaku. Sangat pandai menipu dan membelit hidup-hidup kak P.  Bila dia tidak ketagih…dia jadi baik, kak P   lagi 100 kali lebih baik pada dia…tetapi kebaikannya hanya bertahan 2-3 minggu ke sebulan lepas itu kak P mula menangis, sakit dada…..walaupun telah berkahwin tetapi masih menyusahkan kak P.  Pernah kereta kak P hilang dibawanya…kak P datang kerja naik bas….seminggu baru dipulangkan kereta kak P…kak P tetap sabar...bila dah beristeri masih tak cukup duit...kerana apa ya...kerana Allah telah memberi balasan...banyak duit macam mana sekalipun tak berkat kerana layanan kasar kepada ibu...dilaknati Allah. 

Anak, takde siapa yang boleh menang dengan anak…walaupun si ibu dibuat berbagai-bagai tetapi si ibu tetap mengalah….kerana sayangkan anak…doa lah berjela-jela, setiap masa dan saat, teringat aje berdoalah siibu…ya Allah jadikanlah dia anak yang baik, baikhati, soleh, jadilah dia insan yang kamil, jauhilah dia dari dadah, perkara haram, jauhilah dia dari kemiskinan…panjangkan umor dia..berikanlah rezeki yang melimpah ruah, perluaskan rezeki dia…panjangkan umor dia…jauhi dia dari perkara keji dan terlarang, senangkanlah hidupnya…ya allah…kasihanilah anak aku ya allah…kalau ini takdirnya engkau berilah, tukarlah kepada takdir yang lebih baik…kalau doa ibu itu makbul kataMu…sampaikanlah,,,sampaikanlah…tetapi  sayang……anak itu tetap mengasari siibu…anak itu tetap mencuri bila terdesak, anak itu tidak menghiraukan airmata ibunya lagi…anak itu tidak juga berubah menjadi lebih baik….dan anak itu tidak meminta maaf atas perbuatannya.  Dan selagi airmata siibu mengalir, dada siibu berat dan pedih, kekecewaan bertimbun…hidup si anak tetap dalam keadaan yang susah, hidup diberi kesempitan, duit tak pernah cukup…bergaduh berpanjangan suami isteri…….kerana Allah marah atas perbuatan anak terhadap ibu dan selagi Ibu itu marah….kemarahan Allah lebih dasyat lagi….kerana anak tidak menghargai dan kasihsayang tiada lagi pada siibu…bagaimana si anak boleh hidup tenang…aman…bahagia…rezeki….semuanya tiada……allah takkan bagi…..wahai anak-anak…kenapalah susah sangat nak syurga Allah janjikan….bukan susah …senyum aje dengan ibu dah Allah janjikan syurga, itu baru senyum….belum lagi memenuhi permintaan ibu,  bantu ibu, senyum ibu memandang kamu…syurga hari-hari….satu kebaikan kamu pada ibu kamu…allah berikan 1000 kebaikan didunia dan akhirat …setiap hari….itu baru satu kebaikan, kalau dua, tiga dan empat sehari…masyaAllah…anak-anak cuba bayangkan…didunia hidup penuh kesenangan, diakhirat apa lagi…syurga demi syurga….susah sangat ker…….

Anak yang bungsu pula….ini lagi bermasalah, suka dengan kawan-kawan sampai tak ingat kepada siibu yang menunggu hari demi hari….dia keluar rumah untuk cari kerja, segala barangnya dibawa bersama…dan tak pernah hendak balik ke rumah lagi. Jangankan nak balik nak bertanya khabar, sms pada ibu dia pun tidak.. dia lebih selesa dengan kawan-kawan kerana kawan-kawan ni bila suka dan gembira…dia suka tetapi bila susah takde duit…segalanya hilang selalunya begitu.  Bila dia nak duit dia akan balik pinjam ibu dia berbagai janji dia akan bayar tetapi bila dapat gaji, batang hidungpun tak nampak. Nak jumpa ibu pun tak nak, takut ibu dia tanya duit hutang….kawan-kawan bersilih ganti, Kak P tak pernah tahu dimana anak dia tinggal…takde alamat untuk dicari. Tetapi doa dia hari-hari pada anak dia agar sihat, bahagia.  Paling kak P sedih, kalau dengan girlfriend dia, hari-hari boleh sms, borak macam-macam cerita, ambil berat sangat-sangat …dah minum u nak kemana, dah makan, nanti call balik…depan kak P, apa perasaan si ibu…..ibu ni takde perasaan ker….tetapi nak call siibu, tanya sihat ke tidak, makan ke tidak, sakit ke tidak, gembira ke tidak…tak pernah….anak apa lah begini ya Allah…..menyusahkan siibu nombor satu…menyenangkan tidak ada langsung…tetapi senangkah hidup anak-anak begini….

Tinggallah kak P hari-hari berduka lara, mengenangkan kesalahan demi kesalahan dia pada anak-anak dia…bukan kesalahan anak dia pada dia….itulah kak P yang aku kenal…kini dia meninggal dunia seorang diri dirumah, setelah sehari tak keluar, jiran mula mengesyaki  dan mula menyiasat, saudara rapat diberitahu rupanya dia telah kembali ke rahmatullah didalam rumah, tapi seorang anakpun tiada disisinya….jenazahnya selamat dikebumikan  oleh anak-anak saudara dan jiran tetangga tanpa memberitahu anak-anaknya..walaupun jarak rumah anaknya cuma 10 minit aje.  Tatkala aku melihat wajah kak P disiapkan, aku dapat melihat senyuman diwajahnya…kerana dia seorang ibu yang sabar menunggu anak-anak menjadi insan yang kamil…anak soleh….airmataku tak boleh ditahan lagi….segala penderitaan telah berlalu dan pastinya Allah menyayangi dia lebih dari dia menyayangi anak-anaknya….kerana dugaan Allah tak siapa boleh menolaknya dan bagi aku dia berjaya sebagai seorang ibu, amanah Allah telah sempurna dilakukan…dari anak yang kecil, membesar, diberi pelajaran dan dididik dengan kebaikan tetapi bila telah dewasa anak sendiri mencorak diri dia…jadilah dia anak yang soleh atau sebaliknya….Cuma aku kesian dan sangat kesian dengan nasib anak-anak kak P yang tidak dapat memohon maaf kepada kak P sewaktu hayatnya masih ada…..

Bila terkenang kak P, Seharian aku sedih dan setiap solat aku mendoakan kebahagiaan dia di alam sana…mudah-mudahan story kak P boleh anak-anakku dan pembaca mengambil ikhtibar…. hidup ni cuma sedikit waktu...lainnya disana kita akan punyai banyak waktu...pernah seorang sahabat berkata padaku...ibu sukar dicari lagi dan itulah seorang ibu yang harus kita hadapi, senangkan hatinya, lapangkan fikirannya, pegang tangannya tatkala dia tua, tatkala dia memerlukan kita, hadapi dengan lapang dada...dan suami atau isteri...bila-bila boleh dicari lagi.... betulker....betul kot....betullah...betullah...aku penah dengar ayat ni dari mulut ibuku....betullah tu....


Ketika Nabi Muhammad SAW ditanya oleh sahabat siapa yang pantas lebih dahulu untuk dimuliakan dan dijunjung tinggi dalam kehidupan, maka jawab Nabi “Ibumu“. Sahabat tanya lagi, kemudian siapa, Nabi menjawab, Ibumu. Sahabat tanya yang ketiga kalinya, kemudian siapa Ya Rosulallah. “Ibumu” kata Nabi. Lalu siapa, sahabat masih tanya lagi. “Ayahmu”, kata Nabi. Ya ibu disebutkan hingga 3 kali oleh Nabi Muhammad SAW kerana besarnya darjat ibu. Baru setelah itu disebutkan ayah yang pantas untuk dimuliakan.




lalu teringat satu story kawan aku pas kat aku...macam ni bunyinya....


Bila seronok, aku cari. ...buah hatiku
Bila sedih, aku cari....ibuku..
Bila berjaya, aku ceritakan pada....buah hatiku

Bila gagal, aku ceritakan pada....ibuku
Bila bahagia, aku peluk erat....buah hatiku
Bila berduka, aku peluk erat....ibuku
Bila nak bercuti, aku bawa....buah hatiku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....ibuku
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah istimewa pada buah hatiku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat SMS"Selamat Hari Ibu"
Bila buah hatiku merajuk....aku pujuk bagai nak rakkk

Bila ibu merajuk....malas aku nak melayan
Bila buah hatiku menangis...tak tertahan hati turut menangis
bila ibu menangis...mengada2 orang tua nih...sengaja
Selalu.. aku ingat buah hatiku
Selalu.. Ibuku ingat aku
Bila-bila, setiap waktu, hari2... aku akan talipon buah hatiku
Entah bila... aku nak talipon Ibuku
Selalu...aku belikan hadiah untuk buah hatiku
Entah bila... aku nak belikan hadiah seciput untuk Ibuku

selalu....setiap waktu, hari2 menatap wajah buah hatiku tak jemu
wajah Ibuku....entahlah nak pandangpun rasa dah malas....
selalu ...ada duit aku bagi buahhatiku...belilah apa2 yang ayang suka
entah bila...nak bagi duit kat ibu hati selalu
berkata duit aku tak cukup.....

Renungkan:
Pernahkah kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Ibumu?

ibumu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
tanda ingat...tapi pernahkah kamu memberi ibumu setiap bulan...
setiap gaji...tak banyak lima puluh ringgit aje...
tetapi pernahkah Ibumu meminta pada kamu....
melainkan kamu yang selalu meminta-minta pada ibuku...
pernahkah ibumu paksa kamu...
selalunya kamu yang paksa ibumu...dan
kamu yang berhutang dengan ibumu
hingga matipun kamu tak mampu membayar 
harga kasihsayang, harga wang ringgit pelajaranmu, harga tunjuk ajar, harga belaian, harga persiapan sekolahmu, harga makanan harian kamu, harga tempat tinggal kamu .... segalanya....kamu tak mampu dan tak akan mampu...
Tapi kalau Ibumu sudah tiada.........KAMU PUN BERKATA....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

kecuali anak soleh....mana anak soleh...
kamukah??????
 

No comments:

Post a Comment