Thursday, May 26, 2011

Arwah Haji Tain bin Haji Razali...bapa mertuaku...alfatihah




Tanggal 30 Mac 2011 aku kehilangan seorang insan yang amat aku sayangi...aku sayangi dia, Haji Tain bin Haji Razali, bapa mertua ku....seorang yang cukup senang diajak berbual, senang dalam serba-serbi...baik makan minumnya...yang paling tidak pernah aku dengari ialah memarahi atau menengking anak2nya malahan untuk bercakap kasar jauh sekali...kehidupannya cukup mudah dan ringkas...inilah insan kurniaan Allah yang pada aku kerana ada orang yang payah untuk menerima bapa mertua ada kalangan sahabat menyatakan segan, tetapi aku...setiap kali bertemu dengannya aku akan mencium dia...seolah dia seperti bapa aku sendiri. Bagaimana kasih aku pada bapa aku begitulah pada dia. Dia dimasukkan ke ICU seminggu kerana kesukaran bernafas, dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir di ICU Hospital MUAR. 

Pada aku, kematian akan tiba bila2 masa, kita tidak terjangkau bila saatnya, dimana dan mengapa...hanya Allah yang ada jawapan tersebut....sebagai makhluk kita bersyukur disaat akhir perjalanan hidupnya semua anak cucunya berkumpul disisinya...disaat-saat akhir dapat membacakan yasin silih berganti...mengajar apa yang patut kepadanya, aku juga bangga mempunyai ipar duai yang sangat2 prihatin tatkala bapak dalam keadaan kritikal...tidak seorangpun yang mahu meninggalkan wad ICU itu, tidor diluar ICU menunggu dengan harapan dia akan pulih.....

Inilah kehidupan, setiap yang hidup akan  mati...segalanya kepada Allah jualah tempat yang sebaik2nya untuk kita....Ya Allah...aku bermohon kepada Mu....tempatkanlah dia dikalangan tempat orang-orang yang beriman....yang dikasihi Allah SWT...diberi kesenangan disana sepertimana engkau beri kesenangan kepadanya dimuka bumi ini...Amiinnnn

Sekitar kenduri arwah bapak.....


nasi ambang yang dimasak oleh jiran tetangga emak...masakan jawa...adussss meriah makan














No comments:

Post a Comment