Thursday, May 26, 2011

INDIA...pilihan seterusnya....hehehehe

sebelum ke India...macam-macam persepsi kekawan tentang india...ada yang kata kotor, berbau, tak cantik...bandar kering dan macam2lah lagi...tidak dinafikan apa yang kawan2 kata tu ada benarnya dan tidak....Dengar cerita macam ngeri tetapi setelah sampai di India barulah melihat dengan mata kepala sendiri...tidaklah seteruk yang disangka...ada kebaikan juga bila melihat negara yang kurang maju...keinsafan bertalu-talu datang dan pergi, setiap hari bermain dihati...dalam hati...alhamdulillah dilahirkan di Malaysia...itulah antara ungkapan kekawan tatkala disana...tetapi bagi orang di India...dia akan berkata..alhamdulillah lah aku dilahirkan di India...itulah kekuasaan dan kehebatan Maha Pencipta...ada kebaikan dimana2 dan ada kelemahan dimana2...tetapi perumpamaan orang2 tua ada kebenarannya...hujan emas dinegara orang, hujan batu di negara sendiri...baiklah dinegara sendiri ada emak ayah ada adik beradik ada anak beranak...hehehehe...aturcara yang diberikan sama betul2...hehehe Mr. Amit dari Dhesu Travel, New Delhi....thank you..

6 Days INDIA – GOLDEN TRIANGLE
DELHI / AGRA / JAIPUR

antara tempat lawatan adalah Port Agra, Gate of India, Rajasthan...time ni teringatlah P.Ramlee memang benar adalah tempat nama Rajasthan...yang terkenal dengan deretan kedai2 yang menjual kraftangan, pakaian dan kain sari...yang menyeronokkan bila menawar cadar sulaman dari 800,000 rupes boleh jatuh harga 300,000 rupes...main harga dengan pekedai sampai pekedai tu telefon boss dia...boleh ke tidak...hehehe.  Kita ingatkan kita dah tawar habis-habisan tetapi malangnya di hotel tempat penginapan kami baru harga dengan senang hati 200,000 rupesss...adussssss kena tipu lagi....
          
India terkenal dengan rakyat yang begitu ramai, kos hidup murah tetapi ramai orang dijalanan...sebenarnya apa yang teringin sangat nak ke India ni adalah untuk melihat keindahan TAJ MAHAL...antara 7 keajaiban dunia...memang benar...TAJ bermaksud Mahkota..dan MAHAL bermaksud Istana....betapa kasihnya seorang suami kepada isteri maka dia memerintahkan semua rakyatnya membina lambang cinta agongnya....Taj Mahal dibina hampir 22 tahun baru siap dengan 20,000 penduduk india dikerah untuk membinanya...Marmar yang terhasil bukan sahaja dari India tetapi dari Germany, batu-batu pertama dari rubi, zamrud, nikon, aked semuanya ditempah khas oleh Shah Jehan dari luar negara demi menerapkan didinding2 Taj Mahal...uniknya dinding ini bila disuluh oleh cahaya...mengeluarkan warna yang cukup indah...terang benderang...batu-batu permata kekal disitu....dulu2 Mr. Amit kata, lagi putih...kerana rakyat tidak dibenarkan masuk...now dah kelabu sikit...iye kot...tapi nak masuk Taj Mahal ni tak susah mana cuma kawalan keselamatan dia ketat sikit...satu benda makan pun tak boleh dibawa, apa lagi gula2 yang kecil pun Polis dia ambil....so bersih lah tempat dia....jom layan gambar nih....






























lagi yang tak tahan masa naik gajah...alahai dah tua-tua baru dapat naik gajah, pulak tu anak gajah...terhoyong-hayang gayat gak tapi buat2 ok jer.....macam biasa hehehehe.  Time makan pulak cik abang sayang saya ni...sedap aje...sehari dua tu bolehlah makin lama makin jemu pulak benar yang lebihkurang sama jer....tekak macam tak boleh dah nak terima...tapi cik abang sayang saya...belasah jer...hehehehe. Selera masing-masing....

oklah fren-fren yang baca cerita India ni...baik lah kalau dapat pergi melihat negara orang lain adalah lebih baik daripada mendengar cerita yang bukan2...kan kata orang berjalan tu menambah pengalaman hidup....ok...bye2...rasa cam nak pergi lagi tapi kali ni cam nak cari sharuk khan jer....ooooo kena pi kashmir dan mumbai...jom...ada geng nak pergi tak...hehehehe

No comments:

Post a Comment