Thursday, May 26, 2011

sikap manusia...

bila dok diam2...mulalah merapu...tengah hari ni Jumaat jam 1.23 ptg geng-geng semuanya ke UO ada sale...aku pulak malas nak keluar. takde benda yang nak dicari...so layan blog ajelah.  minggu ini aku telah berkursus di Masjid Almizan Putrajaya (Masjid Besi). Kursus dokumen terperingkat...seronok bila dah lama tak kena pi kursus so refresh baliklah perkara-perkara yang dikelaskan sebagai rahsia/rahsia besar/terhad dan sulit...kursus ni dikelolakan oleh KKM dan dibagi talk oleh Pegawai Keselamatan Pejabat Kerajaan...

sempena jumaat yang mulia ini nak share apa yang aku baca di internet....sikap manusia berkata...SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian
Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan.
Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan
makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada
pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah
memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan
itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan.
Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan
perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan
atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain
adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki.
Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat
Muslim).

5. Kedekut

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya.
Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan
sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat
kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan
ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah
kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat
seolah-olah kamu akan mati esok hari."
(riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam
banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah
saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang
dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana
telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan.
Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini
jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi
dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.

namapun manusia...so tengok-tengoklah dimana diri anda sebenarnya adakah anda seorang yang mempunyai ke 10 sifat tersebut....terbaik hari2 kita baiki diri...lama2 keadaan akan bertambah baik....

No comments:

Post a Comment