Monday, November 1, 2010



EMAK DAN ABAH…
(buat Almarhum TUAN HAJI RAHMAT BIN MI’AN
dan Almarhumah PUAN HAJJAH RAMLAH BTE ABD. RAHIM)
AL-FATIHAH…………
**************************************************************************************
Kini aku meniti jiwaku yang kering…..
Harap-harap aku dihujani RAHMAT
Semurah rezeki sebaik RAMLAH

Emak dan Abah…..yang aku rindui
Siang dan malam selamanya…amat-amat jiwa ini
Merintih merinduimu..

Wahai Allah SWT Pemilik Alam semesta aku bermohon
"Jika sepanjang hidupku, ada kebaikan yang pernah aku lakukan.."
"Maka, Kau hadiahkanlah rahmat dan pahalaMu itu kepada kedua orang tuaku..."
"Kerana, aku tidak mampu membalasnya dgn dunia.."
"Kasih sayang mereka, nilainya melebihi nilaian dunia ini.."
"Catatkanlah nama keduanya di pintu syurgaMu.."
"Kerana, mereka telah menjalankan amanahMu ini dgn sebaik mungkin..."
"Melalui merekalah, aku mengenali keagunganMu..."

mengimbas kenangan kembali, emak dan abah sentiasa contoh terbaik buatku, abah yang sangat-sangat garang dan tegas..emak yang sangat lembut..baikhati...kehidupan kami sekeluarga cukup sederhana, cara pendidikan emak dan abah tidak sama seperti aku mendidik anak-anak aku, aku terlalu lembut , mulut bising tapi hati tak sampai….tangan nak memukul pun kena nak fikir 2,3 kali tapi berbeza dengan abah, garangnya abah selalu kami dipukul kalau melakukan kesalahan walaupun tidak kesalahan kami. sekiranya bergaduh dengan anak jiran abah lebih menangkan mereka dari kami...emak dan abah tidak memanjakan kami adik-beradik (tetapi kadangkala abah nampak sayang sangat kat aku…perasan aku kot), walaupun kami sentiasa mewah dari segi makan tapi tidak dari segi perbelanjaan harian, untuk kesekolah aku diberi belanja 20 sen. Tatkala aku di asrama aminuddin baki, kg pandan barulah aku dapat melihat kebaikan dan kelembutan abah, kerana aku dapat berbelanja lebih ini memandangkan abah selalu datang melawat aku...Ketegasan  abah dan emak memantau setiap pergerakan kami walaupun kami tidak dibenarkan keluar dari rumah tetapi kami berseronok adik beradik didalam rumah.  Paling seronok abah sangat ketat mendisiplin kami. Waktu makan kena makan duduk diam tak boleh berbual, tertib sangat2, waktu belajar kena belajar pukul 8 dah pegang buku pukul 10 baru berhenti, waktu tidor memang kena tido, tv akan tutup awal..begitu juga kalau ada tetamu berkunjung ke rumah, kami tidak bebas dengan tetamu. emak memerhati pergerakan kami adik beradik, kerlingan emak cukup kami takut. Kami tidak boleh berbual dengan tetamu, duduk dibilik hanya menunggu arahan dari emak. Emak sangat2 menghormati tetamu yang datang, tidak boleh bising-bising apatah lagi bila melihat tv, duduk diam2. Kalau bercerita didepan tv alamatnya tv akan abah tutup dan kami terkulat-kulat terkejut abah akan suruh kami bercerita tak payah tengok tv……dan kami akan memandang antara satu sama lain…dan airmatapun mulalah nak keluar…tak dapat tengok tv lagi.   Lagi satu disiplin abah yang kuat, kami tak boleh memegang akuarium ikan, hehehe…akuariam ikan abah besar, cerminnya hari-hari berkilat digosok, kalau melihat ikan kena lihat dari jarak  1 kaki dari akuarium, tak boleh pegang cermin atau tunjuk-tunjuk ikan tu…kalau ada bekas jari yang tertinggal pastinya kami adik beradik dipanggil…jari siapa itu….hahaha…alamatnya…pastilah kena…pang..pang…….aku kecut perut kalau abah marah...sebab kalau abah dah marah, semuanya kena....

Banyak waktu aku terisi dirumah kadangkala bermain dengan adik-adik lelakiku di bawah flat.  Sekiranya abah bekerja petang ke malam,  hore...hore.... kami bebas tak payah membaca buku….dengan emak, seronok boleh relax-relax tak belajar…mandi lambat…sebab abah takde….hehehehe.  Hidup aku jadi bosan sedikit sekiranya aku tak dapat keluar rumah mengikut kawan-kawan, tidak pernah mendapat keizinan mereka.  Emak dan Abah lebih rela melihat aku menangis setiap kali gagal memenuhi kehendakku…. Seingat aku…pernah aku ingin mengikut kawan-kawan berkelah di Port Dickson time tu ada trak polis yang membawa anak-anak polis berkelah. Jawapan abah sangat tegas…tak boleh… seharian aku menangis melihat kawan-kawan berkumpul dihadapan flat dan menaiki bas.  Keputusan abah tetap tidak berubah, tak boleh dipujuk-pujuk.  Emak pula biasa mengalah dan mengikut apa keputusan abah….”emak malas nak gadoh-gadoh, abah dah tak bagi ikut ajelah, lain kali boleh pergi”.  Kata-kata emak memujuk seolah-olah memberi harapan, itulah ayat yang berjaya menenangkan hati aku yang degil ini….tapi aku terpaksa mengalah…..sebabnya aku tak mahu melihat emak dan abah berbalah kerana aku…..

Bila nak tunjuk report kad aku...hehehe...keputusan peperiksaan biasalah warna merah biru ada je...….hulur report card wan tengah malam, abah balik kerja malam, aku cepat-cepat pergi tidor…bila emak panggil…buat-buat tak dengar konon cam lena jer.  Bila time aku Abah sign aje tapi esok, tambah time belajar, hehehe tapi kalau time adik2 aku..kenapa itu dan ini...kenapa dan kenapa..jawab...selalu emak yang jawab...main2 aje..tu pasal dapat merah... tapi kalau report tu semuanya biru….seronok sangat aku tunggu abah balik kerja, tunggu abah lepas makan, tunggu abah lepas sembahyang, tunggu aku duduk rehat dan emak buat kopi panas...aku pun pekena air kopi panas….pastu sign dan tunggu sampai dia kata…bagus, pergi tidor… .hehehe…seronok sangat.  Tapi bagi aku keputusan apapun aku dapat aku mesti nak minta dia sahaja tandatangani report kad aku.. Tak dapat aku lupa, bila aku lulus SRP, hadiah pertama dan julung-julung kali aku dapat seutas rantai kaki…sangat2 aku idamkan dah bertahun sejak gelang kaki ujud tak dapat-dapat akhirnya…. Abah belikan juga dan gelang kaki aku tu berbunyi2 lagi….tanda abah aku memang hebat….hebat abah aku.

Bila aku duduk di asrama sekolah aminudin baki, kg pandan, terserlah lagi kehebatan abah aku, setiap 2 kali seminggu dengan motor lambretta…prêt-pret….dia tu, dia akan melihat aku membawa bersama 2 bungkus magi, kueh 3 ketul. Dari jauh kawan-kawan dah menjerit….”rohana bapak kau datang…bunyi moto dia je kita org dah kenal”….hebat betul abah aku…bunyi motor dia,  org dah kenal.  Aku ingat waktu dia susah dulu, pergi kerja hari-hari naik basikal dari rumah kami di Damai, ampang park berbasikal ke Petaling Street. Tak kira panas hujan, demi membesarkan anak2. Bila ada duit sedikit mulalah beli motor lambretta…prêt-pret.. waktu abah belajar naik motor pukul 8 malam, area jalan lurus jalan aman, macam pesta kami adik-beradik melihat abah menunggang motorsikalnya… dapat jugalah bergilir-gilir membonceng motorsikal baru abah….seronok…angin kuat…sejuk….lepas abah pandai bawa motorsikal, aku dah tinggal di asrama... 

Daripada aku kecil sehinggalah usiaku 14 tahun, penyakit yang paling sukar aku elak ialah menangis, menangis ni ibarat melepaskan apa yang terpendam.  Satu lagi hobi abah ialah menggunting rambut anak-anak lelakinya.  Bila selesai keempat anak lelakinya, aku tak boleh lepas…akulah orang yang kelima kena gunting rambut, dah tentulah rambut aku akan menjadi seperti rambut abang dan adik-adik lelaki ku…. Ala tomboy…. Setiap kali itu jugalah aku akan menangis dan merajuk seharian duduk dibelakang pintu kerana rambutku pendek macam askarwataniah…. .uwwwaaaaaa….dan disebabkan itu jugalah aku tidak pandai berambut panjang, hingga sekarang aku telah terbiasa dengan rambut pendek.  Masa kecil Fesyen ago-go….. sehingga kini, kekadang teringin sangat-sangat rambut sampai ke pinggang macam kedua kakak aku…tapi aku tak biasa, paling panjang pun paras bahu aku dah rimas…..aku lebih senang berambut pendek, kemas……ayat sedapkan hati….terima kasih abah, abah memang menjadikan hidup saya serba senang dan mudah….

Dalam dunia aku….abahlah orang yang paling memanjakan aku, cakap apa sahaja, abah sentiasa menyebelahi perangaiku, kalau wang ringgit ni, tak payah minta, waktu zaman  sekolahku, abah akan menyorok-nyorok memberi wang banyak masa tu 50 sen atau RM1. Bila aku dah berkahwin dia memang tak lokek dengan aku sentiasa nak belanja aku dan anak-anak aku, waktu aku menetap di Lumut, abah selalu datang melawat aku...paling aku suka aku tak payah nak masak2 sebabnya bab masak ni memang aku tak pandai sangat.. abah kalau dilumut siang hari makan dirumah, malam hari kami lepak santai dimana-mana di kedai makan area sitiawan ke lumut ker....abah belanja...yang tak dapat aku lupa ialah bila aku berkenan sangat pada pasu 3 beradik time tu pesta lumut, aku pegang dan aku letak balik kerana 3 pasu tu harga dia RM25.00, so aku lupakan sebab takut duit tak cukup sampai hujung bulan...tapi tanpa aku sedar dia dah bawa pasu tu...dia dah belikan aku pasu tu….dia semacam tahu aku suka pasu tu.  pindah punya pindah...dah terlupa mana pasu tu.

Mak aku pulak sangat-sangat terkenal dizamannya…Di dalam flat Polis Jalan Aman, beliau dikenali ramai sebagai seorang ibu yang paling cantik, rambut sentiasa set kerinting halus 3 bulan sekali…bergaya, sungguhpun badan berisi tetapi sangat cantik berkebaya, kain belah, bersolek berlipstik.  Sangat terkenal sebagai mak andam, sunatkan anak perempuan, bidan bersalin, mengurut, mengubat org sakit, terseliuh, anak-anak kecil menangis malam, keteguran hantu…macam-macam yang emak boleh lakukan. Emak ada anugerah dari Allah kepadanya yang sangat-sangat indah.  Dia  boleh bermacam-macam kerja, kuat….cekap, Pantas buat kerja, tak kenal letih….orangnya ikhlas, suka menolong orang dalam kesusahan  tak kira pagi, petang, siang malam, tengah malam…..Kebaikan hati dia tak ada pada orang lain, hati dia sangat luhur…seikhlas-ikhlasnya.  Wajahnya tenang..kalau dah penat sangat2 dia akan tidor, emak tak pernah mengeloh …apa yang dilakukan, dilakukan sepenuh hati.  Kalau dia menjadi tukang masak, masakannya sangat sedap, kalah chef zaman ini…dia boleh memasak dengan berbagai masakan yang sedap2…..dia bukan sahaja ratu dihatiku tetapi juga tukang masak terkenal dalam hidup aku…campak2 baling2 aje dah cukup enak, jari-jemarinya seolah-olah seni membaling itu bernilai emas dijarinya….. dari aku kecil hingga bertambah besar dan membesar…penangan hasil air tangan emak sentiasa teringat,  yang paling-paling tak lupa kepala ikan semilang masak asam tumis…sebab aku suka sangat kepala ikan tak kiralah ikan apa....mak aku sanggup tak makan kepala ikan…memang dikhaskan untuk abah 1 dan aku 1.  emak beralah kalau bab makan nih, pada hal ikan semilang, masak asam tumis ni favorite emak…..hehehe…lagi masakan handalan emak…ikan parang asam tumis…tumislah cili banyak ke sedikit ker…sampai berasap telinga…masih sedap nak lagi dan lagi…. lagi pedas mak masak lagi sedap....uwauwa...pastu air bergelen2 dalam perut...tapi puas tul..

Bila bab hari raya, carilah siapa punya rendang paling sedap didunia…Cuma rendang emak bertakhta dihati…masih terasa wangi rendang mak, mak suka masukkan daun salam ..lagi satu emak masak pelan2...dah masuk 7 hari pun sedap lagi....hari-hari nak lagi…sampai tinggal rempah…masih sedap…tambahan lagi kalau emak buat kuah lodeh…orang flat kalau datang beraya dirumah  semata-mata nak kuah lodeh emak…enak bangat……bukan kuah lodeh jer..kueh2 emakpun sedap2...kalau hari raya mesti penuh satu meja, macam2 termasuk kek aising sebijik. kalau takde kek tu macam tak sempurna raya kami orang, kek tu pulak hanya pandang2 jer jeling2 jer...sebabnya hari raya ke 7 baru dipotong...tukang aising dia siapa lagi ...kak normah. aising keras...hehehehe cantik gitu....

Bila aku bersalin pulak.... emaklah yang menjaga aku …aku macam org bodoh je...kekadang je buat bodoh, ikut pantang larang dan cakap emak, segala lah baru bersalin pagi2 dah kena urut, ikat rambut sanggul lintang ...hehehe ketat sangat, sanggul 45 hari tak boleh turun, lepas mandi kalau cuci rambut tunggu rambut kering ikat ketat2 selitkan paku jembatan yang dibeli khas untuk selit pasang kat rambut terik kuat2 rambut tu, katanya supaya tak masuk angin nanti tak reti pening kepala. Jamu kena minum pagi2 dan malam nak tidor, urut pagi2 kul 6 dah berurut, tungku kul 5 pagi dah atas perut, malam sebelum nak tidor, ikat lagi urut lagi, barut ketat2, sampai nak jalan pun macam perempuan jepun...cam pengantin…slorrr… anak beri air susu sampai 2 tahun. kata emak Jarak nanti bersalin…memangpun anak aku 2-3 tahun seorang. Lagi tu makan semuanya dia masak, lada hitam ibu kunyit tu permainan rempah dia. Biar panas badan. Macam-macam petua, marah sangat kalau jalan laju2 apa lagi kalau buat kerja. Selama 45 hari aku berehat, makan tidor jaga anak. Lain-lain dia uruskan. Dulu-dulu pakai lampin semua kain lampin tu  dia je basuh. Pernah time tu aku, kakak ipar (mak uda) bersalin serentak sebulan sama dialah basuh lampin kalau jemor sampai 8 ampai, balik urut orang, urut kami org pulak gilir-gilir…masak lagi mandi anak lagi..kalau anak menantu ramai-ramai nih, dia suruh borak duduk depan jaga anak dia kat dapor macam lipas kudung…buat kerja, setengah jam kami orang dah boleh makan……kalau aku dah tewas, tapi emak…tak pernah marah dan mengeloh…itulah kehebatan emak aku…tiada tolok bandingannya didunia dan diakhirat...emak yang terhebat, tersohor dalam kehidupanku...

 
DUHAI ABAH DAN EMAK KESAYANGANKU….ALFATIHAH…
Abah diserang demam empat hari, seminggu sebelum tu saat akhir pagi jumaat dia menelefon aku di pejabat, tetapi suaranya dah tidak keluar…aku seperti biasa mengajuk percakapan dia, dia gelak…petang tu dia mula demam. Hari sabtu dia tak bangun, hari ahad dia tak bangun juga. Hari isnin aku cuti aku berpakat adik beradik bawa abah dengan ambulan ke hospital kuala Lumpur kerana keadaan dia yang sangat lemah.  Doktor kata abah kurang air, jadinya doctor drip air 2 botol dan nasihatkan aku membawa balik ke rumah. Doktor kata lebih baik jaga dirumah. Sampai dirumah abah mula tak mahu makan..mula memandang kiri dan kanan. Hari selasa abah langsung tak bangun juga, aku bercuti lagi, aku mula memakaikan abah pampes. Saat ni aku menjadi jururawat abah, walaupun ada emak akak normah kak tipah adik2 lain dan abang Man tapi aku lebih seronok menjaga abah, sebabnya pada aku abah sangat dekat dengan aku.

Saat ini aku bahagia sangat-sangat sebabnya aku sentiasa disisi abah, mengelap badan abah, menukar pampes abah…paling aku suka, bila dia suka memandang aku. Emmmm…aku tau dia sakit…Adik-beradik ku lain mula keluar masuk rumah emak, akak2 aku mula menjaga abah, emak pun begitu juga, adik-abg bergilir menunggu abah. Saat paling aku tak lupa hari rabu, aku membersihkan muka abah, mencukur misai janggut, mengelap dan memotong kuku abah. Aku lakukan itu semua kerana bagi aku, saat dia begini kalau boleh biar aku seorang menjaganya….aku hendak aku dapat menghadapi dia, memanjakan dia sebagaimana dia memanjakan aku, airmata aku bagai menyimbah2…hari-hari aku mencium abah..memandang abah, memegang tangan abah…memeluk abah sampai abah tidor…aku menyuap abah minum, aku hanya meninggalkan abah untuk mandi dan makan..jagaan berganti dengan kakakku…adikku…abangku…abah tak pernah sunyi, kami sentiasa disisinya.  mengaji dan membaca yasin..Membisik ditelinganya dan membaca surah-surah alquran….Sehinggalah tengah malam khamis….aku dengan sedihnya….”…abah, seandainya masa abah dah sampai, pergilah kami redha…ampun dosa kami adik beradik, emak…semuga kita berjumpa lagi” duhai abah….abah memandang aku, saat ni mata abah tetap memandang aku emak kakak adikkk dan akhirnya …abah menutup matanya…untuk selamanya...damai dan tenang…suasana, jam didinding tepat 5.30 pagi…dan hembusan nafas terakhir. Aku tidak menangis saat ini …begitu juga emak…tenang..syukur ke hadratMu Illahi yang telah memakbulkan doa kudusku…memudahkan perjalanan terakhir abah kesayanganku….aku puas menemani dia, adik-beradik puas membaca yasin, menjaga dia siang dan malam. Hidup lawannya mati…itulah kehidupan manusia didunia dan ketentuan Dia yang Esa ... Mati itu benar, akhirat itu benar….pemergian abah meninggalkan kenangan yang sukar dipadam…sampai akhir hayatku.  Haji Rahmat yang benar-benar membawa rahmat kedalam kehidupan anak-anaknya…AMIN.

Setahun pemergian abah, kini emak pula mengikutinya….emak memang tidak sihat sejak abah kembali ke rahmatullah, kadangkala emak termenung kesepian, aku yang menetap bersama emak bingung melayan kehendak emak, ini tak kena itu tak kena...tapi aku sedar aku tidak cukup baik menangani keperluan emak,  demi emak segala aku turutkan apa juga kehendak emak walaupun hari-hari aku berdoa agar emak menyukai tindakan aku, kerana aku bukan anak kesayangan emak....Hari Sabtu balik kerja tengah hari emak meminta aku menghantar dia ke hospital, waktu tu jam 1.30 tengah hari. Memandangkan emak rasa bisa tempat lukanya (kencing manis) aku menuruti kehendak emak. Bersama suami ku aku ke Hospital Kuala Lumpur dan emak di masukkan ke wad jam 3.00 petang.  Selepas emak masuk wad aku menghubungi adik beradikku memaklumkan keadaan emak.  Aku menunggu emak Waktu itu emak tenang aje. Aku balik ke rumah pukul 7 petang.  Keadaan aku pun tidak berapa sihat kerana saat itu aku mengandungkan muhd isyraf 5 bulan. Aku banyak keletihan memandangkan usiaku  40 tahun.  Mana lagi dah berjanji nak buat kenduri hari Ahad esoknya kami adik beradik membuat kenduri tahlil aruah abah genap 1 tahun.  Sebelah petangnya kami membawa makanan yang dimasak untuk kenduri untuk emak rasai…emak gembira kerana keinginan emak untuk mengadakan kenduri telah dilakukan oleh anak-anak walaupun emak di hospital. 

Keesokan harinya aku sangat-sangat ingat…pagi Isnin jam didinding pukul 5.00 pagi aku sudah tersedar dari tidor, aku bermimpi rumahku dipenuhi dengan orang ramai, kawan-kawan, jiran dan dalam mimpi aku, aku melihat orang membaca yasin dan aku tercari-cari emak aku tetapi tiba-tiba muncul suamiku….”abang kenapa orang ramai dirumah kita?”, jawap suamiku….”kan yang hadir ni sedang tahlil aruah”…aku bertanya lagi “aruah siapa”, suami aku menjawab “aruah emak”….tiba-tiba aku tersedar…. Aku tidak boleh melelapkan mata selepas itu sehinggalah azan subuh….lepas solat subuh, aku bersiap ke pejabat, dalam perjalanan ke pejabat aku menangis menceritakan mimpi pagi tadi kepada suamiku…suamiku berkata…”doakan emak sihat dan panjang umor”…sesampai dipejabat, melihat Puan Porah, ketua keraniku…airmataku tak tertahan, aku menangis sambil memeluk Puan Porah….emak saya nak meninggal dunia…saya tahu…” Puan Porah memeluk aku dan menangis bersama-sama. Seharian aku tidak boleh membuat kerja, asyik menangis sampai pukul 1.00 tengah hari, aku keluar melihat emak di hospital….nampak emak sihat-sihat aje….tetapi bila aku hendak bersalam emak, emak pandang ke tempat lain arah ke tingkat cermin. Bila aku hendak mencium emak, emak menundukkan kepala…seakan tidak mahu aku berbuat demikian.  Emak dijagai oleh kakakku setiap malam…esok hari selasa petang aku melihat emak, tetapi sekali ini emak tidak memandang aku,  bila aku nak balik emak meminta aku tolong salinkan pampesnya..aku akur…dan memeluk emak, emak menundukkan kepala dan tidak memandangku….aku dah berkata didalam hati…adakah ini hari terakhir aku dengan emakku. Pada petang Rabu aku tidak ke hospital kerana aku mula demam, aku bliding darah turun sedikit, lepas ofis aku terus ke klinik Joe di bandar ampang, doktor nasihatkan aku berehat...sampai dirumah aku hanya berbaring di katil, mula teringat pada emak..dalam hati nak ke hospital dan nak minta maaf tetapi kalau aku meminta maaf tentu emak akan sedih mungkin emak ingat entah apa2..niat dalam hati aku pendamkan aje.. aku mendiamkan diri….sehinggalah aku mendapat telefon dari kakakku….emak telah meninggal dunia jam 10.30 malam. Doktor membuang luka dikaki emak dan menurut doktor, time tu lah emak dah tarik nafas....sebab kematian adalah serangan jantung yang kuat....Walaupun keadaan aku tak stabil tapi aku dan suami berkejar juga ke hospital Kuala Lumpur…disana airmataku tumpah lagi…emak seolah sedang tidor di atas katil…wajahnya cantik kemerah-merahan….tidor dengan tenang….dan kandungan aku terus berdarah…..Malamnya bila jenazah emak dibawa pulang, aku duduk disisi menemani emak membaca alquran....sehingga pagi..keesokan harinya jenazah emak dikebumikan....Genap kenduri arwah 3 hari aku dimasukkan hospital kuala lumpur kerana pendarahan yang teruk dan serius…darah tak berhenti keluar dan doktor menyatakan uri aku dah turun ke bawah, walaupun masuk wad tapi aku gembira kerana urusan emak telah aku lakukan….aku tinggal dihospital selama 46 hari dan setiap malam aku dapat membacakan yassin disedekahkan kepada emak dan abah…setiap malam jugalah aku bertemu emak dan abah didalam tidorku…..abah yang hebat, ganteng berbaju batik coklat dan emak yang cantik bergaya….berkebaya kuning berkain baik, berambut kerinting pendek usia keduanya seolah-olah muda usia 40 an……syukur ya Allah…semua yang ENGKAU telah berikan kepadaku hambaku yang kerdil ini…..dan inilah kekuatan aku duduk dihospital menunggu saat waktu untuk tidor…..kerana saat ni aku bertemu insan yang disayangi…..


Sekarang nih…aku rasa terkilan sangat-sangat dikala aku telah ‘berada’ tetapi aku dah kehilangan kedua orang tuaku….aku dah takde emak dan abah untuk aku kayakan… andai  kata emak dan abah masih ada... nak aku memeluknya, menciumnya dan sentiasa menemaninya. Nak aku berkata terima kasih setiap hari, setiap kali mata bertentang……nak minta maaf atas segala kekurangan layanan aku terhadap emak dan abah dan aku nak bisik hari-hari terima kasih emak abah…sangat-sangat terima kasih...tapi kini segalanya kenangan abadi...airmata ini masih mengalir bila teringat emak...masih segar wajah-wajah insan tersayang....aku selalu menasihati kawan-kawan yang masih ada ibubapa...hargailah mereka setiap hari...bahagiakanlah hidup mereka selagi mereka masih ada......
Dalam hidup aku…banyak aku telah lakukan kepada emak dan abah, tetapi masih banyak kekurangan aku jika hendak dibandingkan apa yang telah emak dan abah berikan pada aku....sedari kecil aku dididik hingga dewasa, remaja dan dikahwinkan, dijaga walaupun dah beranakpinak...masih dengan kedua ibubapa....aku niat yang berbagai-bagai kepada emak abah, bila ada duit lebih, nak belikan ini nak belikan itu, nak bagi ini nak bagi itu……tambahan bila aku dah bekerja aku nak senangkan emak abah, menghantar mereka ke tanah suci…menggembirakan hati mereka….walaupun kehidupan aku suami isteri sederhana, setiap bulan aku tidak pernah lupa menyediakan wang buat mereka....setiap bulan pasti...dari aku anak dara hingga ke saat mereka meninggal dunia....walaupun dimarah tapi aku tak pernah ambil hati pada mereka...marahlah apa2pun...cakaplah apa2pun...paling tidak aku sembunyi menangis...pernah ada perkara aku dengan emak..tapi aku tahu emak sememangnya betul...tak pernah salah...walaupun kadangkala aku rasa aku betul...aku iakan aje...kerana semua ini adalah lambang kasih sayang yang tak padam pada emak....

Emak dan Abah...anak emak ni sentiasa berdoa semuga Allah memberi syurga terbaik kepada emak dan abah, memberikan kebahagiaan disana ....kerana emak dan abah 2 insan yang sukar dicari ganti....
bait-bait lagu P.Ramlee tepat...sangat tepat....

Dimana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya


 



No comments:

Post a Comment