Thursday, November 4, 2010

YANG KE-ENAM....NURFARHAH




NURFARHAH....artinya...CAHAYA KEGEMBIRAAN

lahir hari Selasa pukul 10.30 malam, asalnya nak dioperate tetapi tak jadi, kerana akak sudah keluar...mak dan abah mama menangis mendengar berita kelahiran akak, kerana mama macam bawa diri ke Labuan melahirkan akak, disana barulah mama melahirkan seorang anak perempuan, duduk di KL bertahun-tahun anak lelaki yang lahir...kata mak mama lah time tu....

AA...satu-satunya anak perempuan mama...kelahiran yang dinanti oleh mama...setiap anak mempunyai keistimewaan tersendiri tetapi yang satu ini akak, cahaya hidup mama, kemanisan dirasakan dengan kehadiran akak, indahnya hidup bila Allah memberikan mama seorang anak perempuan yang sememangnya mama dan ayah tunggu2......NUR FARHAH  nama yang diberi oleh ayah....puas mencari puas membelek, abang2 akak mula mencari nama, macam-macam.....akhirnya ayah memilih NUR FARHAH yang bererti CAHAYA KEGEMBIRAAN...memang tepat pada masanya.  kelahiran akak di Hospital Labuan, masa tu mama seorang aje pesakit disambut oleh 3 MISI yang semuanya nama bermula dengan nur....3 nur menyambut 1 nur mama....

Semasa kecil, kepala botak rambut jarang2..halus, comel sangat2 sesiapa yang memandang pasti berkenan. Mama pula asyik gila membeli baju, tak kiralah berapa harganya janji cantik...memang dah lama nak beli gaun....tu pasal akak ni macam istimewa pada kami...akak menjadi keutamaan...kalau anak lelaki sehelai akak berhelai2....

akak membesar didalam dakapan ayah...ayah tak kerja 2 tahun menjaga akak, sehinggalah keluarga kita berpindah balik ke KL...akak tak banyak ragam...membesar didepan mata kami...semakin hari semakin cantik..comel...sangat2...

mama sangat sayang...mama tak nak kakak menangis, merajuk...mama nak membesarkan akak dengan cara yang indah dalam hidup akak...mama tak bagi akak kemana2 terutama mengikut kawan2...sebab mama nak akak dalam jagaan kami sahaja...hari2 mama nak akak didepan mata mama...walaupun akak telah besar dan remaja mama masih merasakan akak anak kecil mama yang perlu mama beri perhatian...kalau akak rasa marah, hidup akak mama kongkong mama tak kisah...mama tetap nak kakak dihati mama dimata mama...apapun akak sangat2 mama sayangi....mama tak tahu cara orang lain mendidik anak perempuan...tapi bagi mama biarlah akak sentiasa dirumah kemanapun kita pergi bersama...bila bersama mama rasakan seronok kerana anak mama sentiasa dengan mama.

Akak memang anak yang baik, mendengar kata mama...yang paling mama suka, apa juga pekerjaan dirumah kakak dapat bereskan dengan sempurna...paling senang hidup mama kini arahkan aje...apapun akak mampu dah melakukannya....dulu-dulu hidup mama sebagai anak perempuan pun terkongkong tapi mama tahu emak mama sentiasa buat terbaik untuk mama.  Kini mama akui....cara penjagaan emak mama dulu2 banyak mama terapkan kepada akak. 

Akak, mama doakan setiap hari, dalam doa mama agar akak menjadi anak yang solehah, diberikan lelaki yang soleh dalam hidup akak, mama doakan agar kebahagiaan dan kegembiraan sentiasa mewarnai kehidupan akak...lebih baik dan lebih indah dari kehidupan mama...mama doakan akak sentiasa disisi mama walaupun mama akak dah berkeluarga...sentiasa dekat disisi mama...kerana akak satu-satunya anak perempuan mama yang sempurna dimata mama....aminnnnnnnn.



No comments:

Post a Comment