Wednesday, November 3, 2010

YANG KEDUA.... SHAHRIL


                                SHAHRIL.. BUAH HATI PENGARANG JANTUNG

HAI SHAHRIL....anak mama yang bernama MUHD SHAHRIL, dilahirkan betul-betul lepas azan subuh 5.30 pagi Sabtu 13 September 1981.  Seronok sangat dapat shahril ni kerana, masa mengandong takde alahan langsung, segar bugar je pantang dengar or nampak makanan mesti teringin habis.  Pernah dengar emak cerita ubi kayu bakar...sedap. Yang jadi sasaran ayah lah, satu ampang dan cheras cari ubi kayu dan jagung muda, nak bakar pulak dalam unggun api besar...tengah marak api tu, campakkan ubikayu dan jagung...selera tul masa tu.  Mengidam yang lain takde.  tu pasal keluar shahril sebijik macam anak keling, hitam betul dari kecil hingga dah sekolah rendah, kulit hitam. Shahril tak banyak ragam, senang dibela. Umor setahun dah tak kencing malam, napkin pun tak banyak pakai. badan berisi aje...makan lalu.

Umor 6 tahun kena sakit mulut, tak boleh nak cakap, seharian diam aje...ikut mana mama pergi, kedapor ke bilik...sekejap2 tunjuk mulut sakit... semasa tadika, tadika PERBA, anjuran Persatuan Belia di Ampang Melayu. ke tadika jalan kaki ikut belakang flat taman ahmad razali, ampang.  Belajar pandai tapi tak minat sukan. main bola pun tidak.. kalau main ramai2 pasti menangis sebab tak lasak.. tapi susah nak sakit, demam tak pernah.  Semasa darjah 1, mama cuma cuti 2 hari sahaja, kerana senang ke sekolah, hantar sahaja dan mama balik ke rumah. Bila waktu balik baru mama pi jengok.  Hari ketiga dan seterusnya dah pergi sendiri, ikut kekawan flat, jalan kaki sahaja.  Sekolah boleh tahan, rajin buat kerja sekolah tapi tak rajin membaca. Kalau komik...hah hidup. Masa ini memang ayah layan beli komik, asal jalan beli komik, macam-macam sebab dia ni memang hantu komik.

Semasa sekolah menengah di Kota Kinabalu..masa keputusan PMR dah balik ke Kuala Lumpur dan tingkatan 4 dan 5 disekolah ampang tasik. Dapat sambung belajar PTPL tetapi adalah 4 bulan kerana dapat tawaran bekerja di EON bank...rezeki shahril memang mudah...kerja cepat kawin pun cepat....bersyukurlah  takde masalah dengan dia...pandai bawa diri.  Kecil-kecil tak comel pun tapi dah besar...hansem...

Bertemu jodoh dengan SAFARINA..now dah ada 2 orang cahaya mata...macho2 keduanya.  Buat Shahril dan Ina...mama ucapkan terima kasih banyak-banyak, bersyukur kepada Allah SWT kerana kehadiran kalian berdua bersama cucu-cucu mama membahagia mama dan ayah, tambahan lagi Shahril memang anak yang baik hati, banyak tertumpah cerita adik2, perasaan mama pada shahril, bila cerita ngan shahril, rasa lapang dada nih, ngan INA pula, mama nak ucapkan terima kasih banyak2, sebab ina memang menjadi anak mama bukan menantu sebenarnya....Mama doakan semuga kalian berdua diperluaskan dan dimurahkan rezeki, dilimpahi hikmah dunia akhirat...bahagia selamanya, dalam saat mama dan ayah meniti usia tua ini, mama selalu memohon pada Allah agar anak-anak mama sayang dan kasihani pada kami berdua, dan hingga saat ini, shahril dan Ina mama nak shahril dan ina tahu....mama bahagia mempunyai kalian berdua....aminnn.

No comments:

Post a Comment