Wednesday, November 3, 2010

YANG PERTAMA ....ABANG KOI....




                                            ABANG KOI....BUAH HATI MAMA
 

Nama penuh abang BASHAHRUDIN lahir pada 22 April 1977 pagi jumaat pukul 7 pagi di Hospital Kuala Lumpur...anak mama yang pertama, comel, mata cepet....yang paling indah...selalu mama peluk hari-hari kerana saat ini mama tak bekerja.
bersyukur sangat-sangat kepada Allah SWT kerana memberikan abang kepada mama disaat mama nak sangat-sangat anak kecil.  Semasa makngah dan makteh bersalin dirumah mak mama, mamalah orang paling sibuk melayan kakak2 dalam pantang. jaga anak kecil mereka shahrul dan salina, pantang ngek sedikit mama pasti tengok apa kena budak2 nih.. bila kakak2 mama habis berpantang mereka pulang ke rumah masing-masing time nih la...mama kesunyiaan......hari-hari mama berdoa agar mama dianugerahkan seorang baby....akhirnya
Mama pelihara abang dengan penuh kasih sayang mama, sebab abang menjadi buah hati mama, menangis tu dah jadi tabit abang...  Kalau abang menangis kadangkala mama pun ikut menangis...sebab kesian tengok abang, lepas menangis kau-kau...pasti abang tertidor....bila tertidor tu...mama sangat-sangat kecian.....Semasa 6 tahun tadika di Ampang Jaya, mama cuti seminggu, duduk tunggu setiap hari. Mula-mula sekolah tak menangis tetapi tak boleh melihat mama takde. Bila tengok mama takde, terus keluar walaupun cikgu tengah mengajar, abang mencari mama kekadang sampai di tandas.....tapi semakin hari semakin berani pergi sekolah. Masuk minggu kedua dah pergi sekolah naik bas dari rumah dan abang sangat rajin belajar. suka membaca buku sendirian. suka membuat kerja sekolah. balik sekolah mesti bukak buku.  Pelajaran abang memang bagus, tetapi pendiam. sengih aje. Abang memang tak banyak cakap, dirumah rajin tolong mama, dengan adik2 mesra kerana anak-anak mama tak bermain diluar rumah. Satu yang mama tak lupa, bila abang hisap rokok masa tingkatan 3, frust mama time tu, balik sekolah shahril mengadu nampak abang hisap rokok...memang time tu ayah marah sangat2. kami kurung abg tak bagi keluar satu minggu dirumah aje, mama pulak tak nak bercakap dengan abang dengan syarat abang kena berhenti merokok. Pagi tu abang datang kepada mama mengaku akan berhenti merokok. Siap bersumpah....dan akhirnya mama orang yang bahagia bila abang betul2 berhenti merokok. Memandangkan keputusan PMR baik abang ditawarkan masuk sekolah vokasional tetapi tak mahu duduk diasrama. Kumpulan abang adalah peserta pertama menghuni asrama putra sekolah menengah vokasional manjung, perak yang baru dibuka.  abang, setiap hari pasti mengganggu mama diofis, call mama hari-hari mengadu macam-macam, makanan tak sedap, kena denda lah, mama nak balik rumah tak suka duduk kat sini...sebenarnya mamapun tak suka abang diasrama, mama suka abg didepan mata mama, tapi ayah kata, biar abang berdikari...mama hanya tahan hati bila jumpa abang, sedih dan sebak bila meninggalkan abang diasrama, abang tak berkelip pandang kami balik.  Dalam kereta pasti mama menangis.....lama kelamaan kami akur juga kehendak abang, duduk di asrama 1 bulan sahaja dan pergi ke sekolah naik basikal dari rumah taklah jauh manapun....cuma mama nak abg berani.

Selepas SPM abang dapat tawaran belajar di British Malaysian Institute, di Shamelin, Cheras.  Mama sangat-sangat gembira kerana abang dapat tawaran belajar diploma kejuruteraan eletronik. Bagi mama inilah yang memang patut abang dapat atas usaha belajar abang tu, dan abang mula tinggal dengan mak mama di ampang.  Mak dan abah mama memang suka betul kerana ada abang banyak membantu dia org. abah mama belikan abang motosikal senang untuk abang pergi dan balik belajar...sehinggalah abang konvo dan dapat kerja yang baik di LRT....gaji yang baik. abang memang tak lupa pada mama dan ayah.  Terima kasih abang...

Abang bertemu jodoh dengan ROSAZURA, itu pilihan abang......mama doakan kebahagiaan abang, ibu mana yang tak bahagia bila melihat anak-anak bahagia berumahtangga.  Mama berdoa semuga kalian beroleh zuriat, kebahagiaan dunia akhirat. Allah memperluaskan rezeki diberi kesihatan yang terbaik...abg...banyak nak mama coretkan disini tapi mama simpan dalam hati mama........cumanya, kalau mama banyak buat salah silap dalam membesarkan abang, menjaga dan mendidik abang mama nak minta maaf banyak2 itu yang mampu curahkan pada abang, mungkin abg tak happy dengan keluarga mama tetapi dalam hati mama, mama bahagia sebenarnya, dari baby kecil mungil, tak tahu membaca, menulis, segalanya mama ajar apa yang mama tahu dan berakhir sudah tanggungjawab mama pada abang bila abang kawin, dah ada org yang menjaga makan minum abg, bentuklah keluarga sebaik2nya...mama hanya berdoa kepadaNya...mudah2an kalian beroleh apa yang kalian inginkan....mama tak kisah apa yang abg lakukan cumanya mama nak abg tahu, abg anak mama, abg ada adik-beradik, dari kecil abg tak pernah keseorangan...mama minta kalau boleh...ingatlah mama dan ayah yang pernah mencium, memelok dan memberi kasih sayang suka duka mama membesarkan abang...mama tak lupa setiap anak mama ...sampai mati.....aminnnnn..

No comments:

Post a Comment